Thursday 17 December 2009

Vice Director's Speech

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. ..Alhamdulillah , segala puji bagi ALLAH Illah sekelian alam yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang yang telah menghidupkan kita semua dengan kudratNYA. Selawat dan salam keatas junjungan besar rasuluLLAH yang banyak berkorban untuk kita ummatnya.

Alhamdulillah sekali lagi kerana dengan rahmat ALLAH S.W.T yang telah memberikan peluang untuk menjayakan Permai Super League (PSL) pada 2009 ini.Hampir 2 bulan PSL ini telah berlangsung dengan sokongan semua ahli PERMAI dengan dorongan yang mengalakkan hampir setiap minggu turun ke padang untuk memeriahkan lagi PSL tahun ini. Terima kasih semua buat ahli PERMAI.

Di sini ada 4 maklumat penting yang ingin disampaikan kepada semua pihak yg terlibat dengan PSL tahun ini agar sama sama kita renung dan amik perhatian pada masa perlawanan dan akan datang :


1. KEBERSIHAN

Secara ringkasnya harap pada semua ahli yang terlibat dapat menjaga soal kebersihan di persekitaran padang sebelum meninggalkannya. Harap semua yang terlibat dapat mengambil perhatian dan tindakan yang sewajarnya agar kita semua dapat menggunakan kemudahan padang Universiti Yarmouk di masa hadapan. Pihak penganjur akan meyediakan plastik sampah di tepi padang. Harap semua ahli dapat memanfaatkannya.


2. PERGADUHAN DAN KECEDERAAN

Perhatian kepada semua pemain agar tidak menimbulkan kecederan kepada pihak lawan dan bermain dengan penuh semangat di samping ukhuwah yang titik beratkan. Hampir 2 bulan PSL berlangsung dan telahpun dicatatkan lebih 4 kecederan termasuklah kecederan hingga melibatkan alat bantuan untuk berjalan dan beberapa pemain telah menerima rawatan di klinik berdekatan. Dengan ini diharap kepada semua pemain bermain dengan lebih efisyen dan bersemangat ukhuwah yang sepatutnya disamping mengurangkan kecederaan sesama pemain.

3. TRANSFER WINDOW & TIMBAL BALIK

Berita terbaru dari pihak penganjur ingin mengadakan transfer window di akhir pusingan pertama.. Oleh kerana sambutan yang menggalakkan, PSL juga akan disambung untuk pusingan kedua(timbal balik). Harap para pemain dan semua pihak memberi galakan dan dorongan penuh kepada PSL pada tahun ini.


4. JUALAN KUIH MMY

InsyaALLAH pada hari jumaat ini pihak MMY akan mengadakan sedikit jualan kuih yang sedap, terhad untuk 40 orang sahaja. Siapa bawak duit dia boleh makan kuih

sekian.

Wassalam….

Dzofir
Vice Director,
Permai Super League '10

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...