Wednesday, 9 December 2009

Match Preview ; Real Benchwarmer VS Warung Din Selamat FC

BACKGROUND ; Setelah kebanyakan pemain PSL bercuti ke Turki,Malaysia,Kepulauan Bahamas dan mengerjakan Haji,minggu ini kita disajikan dengan pertembungan Real Benchwarmer FCdan Warung Din Selamat FC.Warung Din masih perfect dengan 2 perlawanan,2 kemenangan manakala Wassiek dan kawan-kawan sedang berkobar-kobar dengan kehadiran En. Hasmat yang membantu mereka menang dalam perlawanan yang lepas.

RB
; Selepas kemenangan besar perlawanan sebelum ini,ternyata RB tidak patut diketepikan sebagai calon juara PSL.Dengan En Hasmat yang bertindak sebagai DM,Wassiek dan Tadin mampu menyerang dengan senang hati.Tetapi peminat RB masih meragui keberkesanan pasangan pertahanan Zhafri-Muiz yang kelihatan agak longgar.

WDS FC ; Rahmat dan saudara-saudaranya turun dengan niat ingin mengumpul kemenangan sebelum bertemu dengan satu lagi pasukan calon juara iaitu The Dark Horses.Jika mereka menang,paling kurang akan mendapat Naib Johan PSL.Sungguhpun menang selesa dengan Rubin Irbid FC minggu lepas,pertahanan WDS FC ternyata masih belum cukup ampuh untuk mengekang Wassiek dan Tadin.Rahmat terpaksa melakukan stretching yang lebih aggresif untuk mengelakkan pasukan beliau mengantuk di awal permainan seperti minggu lepas.

ANALISIS
; RB perlu menyerang seawal dari minit pertama dan menggunakan peluang yang datang sebaiknya,kerana WDS FC biasanya lambat mendapat rentak permainan.

RB
; En Hasmat akan tidak teragak-agak meggunakan rembatan jauh,manakala Tadin dan Wassiek akan membuatkan WDS FC mungkin kehilangan dara (masih belum bolos).Qayyim selaku GK akan menjadi perhatian untuk perlawanan ini kerana prestasi beliau akan menentukan keputusan perlawanan kali ini.

WDS FC ; Yaser dan Jong Kaber perlu bergabung untuk membolosi pertahanan RB yang dikawal rapi oleh En Hasmat.Mungkin dengan sedikit permainan body contact akan membantu melepasi kawalan Zhafri-Muiz.Reputasi Dzia sebagai protégé defender akan diuji maka beliau perlu ‘on top form’ untuk menang dan mengekalkan rekod tanpa bolos WDS FC.


Prediction ; RB 2 – WDS FC 1

PSL Director, marsteello

3 comments:

Abdul Munir Sanusi said...

biar betik prediction tuan pengarah...gua dapat rasa perlawanan seri 2-2

jawa said...

nampak sangat kecemburuaan tuan pengarah!!!!!rasict..hahahahaha

mar jonas said...

hahaha memang ini satu komplot untuk menjatuhkan team warung din..hahaha

aku cuba berlaku adil ketika menulis artikel ni..harap maklum.

sumbangan artikel anda kami hargai,,terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...