FC Tiki Taka mengaum menundukkan Ac Jamiah Street FC.Itulah ungkapan yang terungkai setelah perlawanan ke-5 liga PSL berlangsung pada minggu lepas.Perlawanan yang berlangsung di Stadium Just menemukan dua pasukan terkuat dan dianggap perlawanan El Clasico bagi segelintir peminat sukan Irbid apabila pasukan yang berada di takhta liga Ac Jamiah Street FC menentang pasukan yang berada di tangga kedua liga PSL iaitu pasukan FC Tiki Taka.Pasukan FC Tiki Taka yang menurunkan kesebelasan utama pada perlawanan tersebut terutama di bahagian serangan apabila menurunkan playmaker pasukan tersebut, Syafiq IKIP, penyerang pasukan, Aima dan satu strategi yang menarik dibuat pasukan tersebut apabila meletakkan pemainnya, Ikhram di posisi penyerang apabila sebelum ini beliau sering kali diletakkan di bahagian bek kiri pasukan.Gabungan ketiga tiga pemain ini di bahagian serangan berhasil apabila seringkali melakukan gerakan berbahaya di hadapan pintu gol pasukan lawan.Keadaan ini sudah tentulah membuat barisan pertahanan pasukan Ac Jamiah Street FC yang dibarisi Syahmi,Loqman,Nazirul Mubin dan kembalinya pemain pertahanan tengah berpengalaman, Kadiak apabila perlawanan sebelum itu tidak dapat diturunkan beada dalam keadaan tidak selesa di atas padang apabila dipaksa berkeja keras untuk menghalang segala gerakan terutama gerakan berbahaya yang dibuat oleh pemain pasukan FC Tiki Taka, Syafiq IKIP.
Ac Jamiah Street yang menggunakan taktik baru dengan meletakkan kapten pasukan, Mustaqim dibahagian defensive midfielder akhirnya membawa padah apabila gol pertama berjaya dihasilkan hasil gerakan Syafiq Ikip menghantar satu hantaran yang baik kepada penyerang FC Tiki Taka, Aima menyudahkan gerakan tersebut ke arah pintu gol berjaya menghasilkan gol setelah terkena sedikit kaki pemain wng back Ac Jamiah Street FC, Nazirul.Gol pertama FC Tiki Taka membuat pasukan tersebut bersemangat untuk menambah bilangan gol dan berhajat besar untuk mencatat kemenangan besar ke atas pasukan Ac Jamiah Street FC.Namun harapan pasukan FC Tiki Taka untuk mencatat kemenangan besar nampak tidah semudah begitu setelah penjaga gol sensasi pasukan AC Jamiah Street FC, Ajis seringkali kali menafikan beberapa percubaan berbahaya oleh pasukan lawan.Kehebatan Ajis terserlah apabila berjaya bertindak dengan pantas untuk menepis tandukan Ikram hasil sepakan sudut pasukan lawan yang diambil oleh Syafiq dan satu menafikan satu percubaan dari gerakan solo Syafiq setelah cuba untuk melakukan placing di hadapan pintu gol.Menurut sumber pemain pasukan FC Tiki Taka Syafiq IKIP dikatakan hendak celebrate habis habisan jikalau gerakan tersebut berjaya menghasilkan gol tetapi kecewa kerana percubaan tersebut berjaya dinafikan oleh Ajis.Kekecewaan Syafiq IKIP tidak lama apabila berjaya menjaringkan gol kedua untuk pasukan FC Tiki Taka setelah berjaya menghukum kesilapan pertahanan lawan berjaya memberi pasukannya kemenangan yang selesa ke atas pasukan AC Jamiah Street FC.Sehingga wisel penamat, FC Tiki Taka berjaya melenyapkan ego pasukan Ac Jamiah Street FC dengan kemenangan 2-0.
Man of The Match: Syafiq IKIP(FC Tiki Taka)
Katang FC bangkit untuk mencatat kemenangan.
Bola itu bulat.Macam-macam boleh terjadi dengan adanya bola itu bola.Itulah yang dapat dibuktikkan oleh Katang FC apabila berjaya menewaskan pasukan Jufra' FC pada perlawanan kedua yang berlangsung di Stadium Just.Perlawanan di antara kedua-dua pasukan ini boleh dinggap match of the week kerana menampilkan perlawanan yang menarik.Katang FC yang turun untuk mencatat kemenangan bagi mengukuhkan kdedukan di persada liga.Setelah wisel permulaan permainan ditiupkan Katang FC terus melakukan asakan di hadapan pintu gol pasukan Jufra FC.Pasukan Katang FC yang menurunkan kesebelasan utama pasukan yang dibarisi pemain Nur Afiq,Hanan,Hakim,Farhan dan kapten pasukan Hazim yang menguasai di bahagian serangan.Gandingan mereka berhasil setelah berjaya memdapatkan gol pertama untuk pasukan Katang FC setelah penyerang pasukkanya, Farhan bijak menyudahkan hantaran yang dibuat oleh Hakim berjaya meletakkan Katang FC di hadapan dengan jaringan 1-0,Selepas itu, Jufra FC seakan akan menguasai keseluruhan perlawanan yang membuat pasukan Katang FC hilang tempo permainan.Mana tidaknya Jufra FC dibarisi empat trio pemain veteran yang masih perform setakat ini walaupun sudah berumur apabila di bahagian pertahanan dikuasai oleh Peja, manakala dibahagian midfield pasukan dikuasai oleh Acap Marwan dan Poey dan sudah tentulah di bahagian serangan dikuasai oleh penyerang sensasi Usamah.
Gandingan Usamah dan Poey berjaya membuat hasil apabila penyerang Jufra FC, Usamah berjaya mengucar ngacirkan bahagian pertahanan pasukan lawan di hadapan pintu gol setelah melakukan hantaran kepada Poey untuk menjaringkan gol bagi menyamakan kedudukan 1-1 dengan menggunakan dada ala-ala Bolatelli membuat penjaga gol pasukan lawan tergamam seketika.Poey semakin mengganas apabila melakukan rembatan jauh dari luar kotak penalti untuk menghasilkan satu gol yang menarik dan boleh dikatakan goal of the week meletakkan Jufra FC dihadapan dengan 2-1.Namun ketinggalan gol tidak mematahkan sedikit semangat pasukan Katang FC untuk bermain dengan baik bagi mendapatkan gol untuk menyamakan kedudukan gol.Hasilnya menjadi buat pasukan Katang FC apabila penyerangnya Nur Afiq bijak menyudahkan peluang di hadapan gol setelah menerima hantaran cantik kapten pasukan, Hazim untuk menjaringkan gol dengan kedudukan 2-2.Kedua dua pasukan selepas itu nampaknya berusaha keras untuk mencari satru gol bagi mencatat kemenangan.Akhirnya usaha memihak kepada pasukan Katang FC apabila mereka dihadiahkan sepakan penalti akibat kekasaran di hadapan pintu gol apabila pertahanan lawan melakukan terjahan kasar ke atas pemain Katang FC.Keputusan penalti yang dibuat oleh pengadil menimbulkan sedikit kontroversi apabila dikatakan kesalahan begitu tidak sepatutnya dihadiahkan sepakan penalti.Walaubagaimanapun Nur Afiq menyudakan sepakan penalti tersebut dengan memberi kemengan yang penuh bermakna buat pasukan Katang FC.Sehingga wisel penamat,keputusan perlawanan diantara Katang FC 3-2 Jufra FC.
Man of The Match: Nur Afiq(Katang FC)
Kaki Bangku FC lebar rekod tanpa kalah.
Kaki bangku FC meng
ekalkan rekod bersih serta melonjak naik di persada liga selepas mencatat kemenagan tipis ke atas pasukan favourite Buccaneers FC pada perlawanan minggu lepas di Stadium Yarmouk.Pasukan Kaki Bangku FC menampilkan pengusaaan sebaik sahaja wisel permainan bermula dengan kapten pasukan Nuar Hussain.Wan Sabah,Sabdal,Nazmi,Yun,Napi dan Faiz Afa melakukan serangan bertubi tubi di hadapan pintu gol lawan yang diketuai oleh penjaga gol pasukan Buccaneers FC,Baim manakala barisan pertahanannya diketuai oleh Firdy.Gandingan Nuar Hussain dan Sabdal di bahagian serangan sukar disekat apabila memaksa barisan pertahanan pasukan lawan bekerja keras untuk mematahkan asakan yang dilakukan oleh mereka.Penyerang pasukan Buccaneers FC yang dibarisi trio Mukmin,Hasrul dan Zaem tidak kurang hebatnya apabila sering kali melakukan gerakan berbahaya di hadapan pintu gol memaksa barisan pertahanan pasukan Kaki Bangku perlu fokus dan tidak boleh lalai walau sesaat sekali pun kerana gandingan trio ini bila-bila masa boleh membuat gerakan untuk menghasilkan gol.Perlawannan semakin menarik apabila sepakan percuma yang diambil oleh kapten pasukan Kaki Bangku FC, Nuar Hussain berjaya ditepis oleh penjaga gol pasukan lawan, Baim.Selepas itu pasukan Kaki Bangku FC terpaksa menukar beberapa strategi untuk menghasilkan gol setelah memasukkan pemainnya Amir untuk membantu pasukannya mencatat kemenangan.Kemasukan Amir sebagai pemain gantian berjaya membawa tuah setelah Nuar Hussain berjaya menjaringkan gol dengan melakukan penyudah yang cantik setelah menerima hantaran yang cantik daripada Wan Sabah untuk memberi kemenangan yang bermakna kepada pasukan Kaki Bangku FC.Sementara itu pemain pasukan Buccaneers FC, Nuar Saad dilayangkan kad kuning setelah melakukan terjahan kasar ke atas pemain lawan.Sehingga wisel penamat, pasukan Kaki Bangku FC berjaya mencatat kemenangan 1-0 ke atas pasukan Buccaneers FC.
Man of The Match: Nuar Hussain(Kaki Bangku FC)
FC masing-masing berputih mata.
Dua pencabar liga PSL 11'12, pasukan diantara Foe Fighter FC dan Olympique Irbide FC diikat lawan masing-masing untuk mengutip satu mata pada perlawanan kedua yang berlangsung di Stadium Yarmouk, minggu lepas.Pada perlawanan minggu lepas kedua-dua pasukan juga mencatatkan keputusan seri dengan lawan masing-masing.Namun harapan kedua dua pasukan untuk mencatat kemenagan pada perlawanan kali ini tidak kesampai.Perlawanan di antara kedua-dua pasukan agak seimbang tetapi kelihatan pasukan Olympique Irbide lebih banyak melakukan serangan berbahaya di hadapan pintu gol.Dengan kehadiran pemain import dari Brunei banyak membantu terutama di bahagian serangan pasukan Olympique Irbide.Namun percubaan berbahaya pasukan Olympique Irbide berjaya dinafikan oleh penjaga gol pasukan Foe Fighter FC yang tidak asing lagi di Irbid, Abe.Permainan bertukar sebaliknya apabila pasukan Foe Fighter mendapat tuah terlebih dahulu apabila penyerang muda berbakat pasukan Foe Fighter FC berjaya menjaringkan gol untuk meletakkan pasukan Foe Fighter FC dihadapan dengan 1-0.Walaubagaimanapun Faiz Ali membalas kekecewaan pasukan Olympiqu Irbide dengan menjaringkan gol yang bermakna setelah menerima hantaran cantik dari Qutad untuk menyamakan kedudukan 1-1.Sehingga wisel penamat,perlawanan di antara Foe Fighter FC dan Olympique Irbide 1-1.
Man of the Match:Mahdi(Foe Fighter FC)
Red Hornet FC dan Lala Loco FC sekadar seri.
Malang buat kedua dua pasukan iaitu pasukan Red Hornet FC dan Lala Loco FC setelah tidak berjaya mengutip tiga mata penuh apabila terpaksa berkongsi nasib dengan mengutip satu mata.Red Hornet FC semenjak akhir-akhir ini menunjukkan prestasi yang tidak memberangsangkan apabila gagal mencata sebarang kemenangan sebaliknya hanya mampu seri dengan pasukan lawan.Nasib yang menimpa ke atas pasukan Red Hornet FC turut ditumpang sama oleh pasukan Lala Loco FC.Perlawanan yang berlangsung di antara kedua-dua pasukan merupakan perlawanan yang terakhir di Stadium Yarmouk.Perlawanan di antara kedua-dua pasukan menunjukkan permainan yang seimbang apabila kedua-dua pasukan mengamalkan corak permainan menyerang untuk memburu gol.Tuah untuk pasukan Red Hornet FC apabila dihadiahkan sepakan penalti akibat terjahan kasar yang dilakukan oleh pasukan lawan Lala Loco FC ke atas pemain Red Hornet FC.Kapten pasukan Red Hornet yang dipertanggungjawabkan untuk mengambil sepakan penalti tersebut bijak menyudahkan sepakan tersebut dengan tenang untuk memberi gol yang pertama buat pasukan Red Hornet FC.Gol tersebut memberi impak kepada pasukan lawan Lala Loco FC untuk melakukan serangan bertali arus bagi mencari gol penyamaan.Usaha tersebut berbalas apabila pemain pasukan Lala Loco FC, Farisal Islam bijak membaca hantaran yang dilakukan pemain tengah veteran, Yaser untuk menjaringkan gol sekali gus berjaya menyamakan kedudukan 1-1.Sehingga wiset penamat,keputusan perlawanan Lala Loco FC 1-1 Red Hornet FC.
Man of the Match: Raja(Lala Loco FC)