Friday 20 April 2012

Matchday 9 Preview

Akhirnya minggu yang ditunggu-tunggu oleh peminat sukan bolasepak Irbid sudah pun tiba iaitu minggu dimana Permai Super League(PSL) akan berlabuh tirainya pada hari 21 April 2011 bersamaan hari Sabtu. Sudah pasti minggu ini bakal menemukan persaingan sengit dalam perebuatan gelaran juara PSL kali ini diatara empat pasukan yang sedang menduduki takhta liga pada saingan kali ini. "Big Four Team PSL" ataupun pasukan AC Jamiah Street FC, FC Tiki Taka, Kaki Bangku FC dan Katang FC. AC Jamiah Street FC ketika ini yang sedang mendahului kedudukan liga dengan 15 mata diekori rapat dengan tiga pasukan yang lain terutama pasukan Kaki Bangku FC dan FC Tiki Taka yang berkongsi dengan 14 mata apabila hanya tercicir rapat satu mata sahaja dibelakang pendahulu liga kali ini.

Namun begitu, tidak lupa juga kepada pasukan yang mempunyai peluang untuk memenangi kejuaraan pada kali ini sekiranya pasukan tiga teratas tidak mengutip mata penuh pada perlawanan masing-masing, kemungkinan juara PSL pada kali ini aku menjadi milik buat pasukan Katang FC apabila berada di kedudukan keempat liga dengan 13 mata. "Siapa sangka juara PSL kali ini masih terbuka untuk keempat-empat pasukan in dan memang peluang itu masih terbuka" kata Pengarah PSL Mustaqim. Bak kata pepatah bolasepak "Bola itu bulat" kerana atas kertas membawa keputusan lain tetapi atas padang kemungkinan akan membawa keputusan yang sebaliknya. Saingan PSL minggu terakhir kali ini juga turut disahut enam pasukan yang lain Foe Fighter FC, Buccaneers FC, Olympique Irbide, Red Horet FC, Lala Basel FC dan Jufra FC dalam usaha memperbaiki kedudukan yang terbaik di persada liga PSL kali ini. Bagi mereka kalah menang adat pertandingan dan apa yang penting bagi mereka ialah semangat kesukanan yang padu dan jitu. Berita gembira untuk semua peminat sukan bolasepak Irbid apabila kesemua perlawanan akan diadakan di padang Yarmouk bagi memenuhi permintaan peminat semua.

Oleh itu, dijemput peminat-peminat bolasepak Irbid ataupun ahli-ahli PERMAI sendiri datang untuk menyaksikkan perlawanan terakhir PSL bagi memberi sokongan kepada pasukan-pasukan yang bertanding untuk merebut gelaran juara PSL pada kali ini.


KATANG FC VS OLMPIQUE IRBIDE

Keputusan di atas kertas seperti memihak kepada Katang FC untuk memenangi perlawanan kali ini berdasarkan prestasi pasukan mereka yang mengalahkan FC Tika Taka pada perlawanan yang lepas dengan jaringan 5-1. Namun di atas padang sudah pasti akan membawa keputusan yang berlainan.Olympique Irbide sudah pasti akan memberi saingan yang sengit dengan menyandarkan yang sepenuhnya kepada gandingan Qotad, Zahin dan Mayol(pemain import Brunei) untuk memburu kemenangan seterusnya membaiki kedudukan mereka di persada liga. Sudah pastilah Katang FC tidak memberi kemenangan yang mudah kepada pasukan lawan apabila mereka yang mempunyai harapan untuk merangkul kejuaraan PSL pada kali ini ingin memburu kemenangan yang bergaya dengan harapan sepenuhnya disandarkan kepada playmaker Katang FC, Afiq yang juga bakal memenangi kasut emas PSL kerana beliau seperti dilihat merupakan pejaring terbanyak pada musim ini dan berada dalam prestasi yang tebaik untuk membantu pasukkanya memburu mata kemenangan bagi merangkul kejuaraan. Siapa sangka gol corner Afiq pada sukan KARISMA yang lepas berulang kembali pada perlawanan kali ini. Bak kata Mayyur "keputusan kemenangan terletak tahap mana semangat kerohanian di antara kedua-dua pasukan".


FC TIKI TAKA vs KAKI BANGKU FC

Apabila buku bertemu ruas sudah pasti akan menjanjikan satu perlawanan yang menarik bakal ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan iaitu FC Tiki Taka akan berentap dengan pasukan Kaki Bangku FC untuk merebut kejuaraan liga PSL pada kali ini. Perlawanan pertumpuan kali ini dianggap satu perlawanan penting kerana kedua-dua pasukan ini akan memberi saingan yang hebat kepada pendahulu liga AC Jamiah Street FC. Kaki Bangku FC yang digelar "unbeaten team" apabila mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang musim PSL pada kali ini. namun mampukah mereka mengekalkan rekod itu sehingga perlawanan terakhir pada perlawanan kali ini.? FC Tiki Taka yang menerima tamparan yang hebat pada perlawanan yang lepas apabila dibelasah teruk oleh Katang FC dengan jaringan 5-1 masih mampukah konsisten dengan permainan kemas mereka,dapatkan merobek gawang pasukan lawan dan memadam rekod tanpa kalah buat pasukan lawan. Sudah pasti Nuar Hussain merupakan kapten pasukan Kaki Bangku FC ada strategi sendiri untuk perlawanan kali ini bagi merangkul kejuaraan dan juga Fieq Eum yang dilihat sudah memasang cita-cita menjulang piala PSL pada kali ini dengan meletakkan strategi terbaik yang ingin digunakan untuk ahli pasukannya. Bak kata kapten kedua-dua pasukan "Dekat luar kita member tetapi atas padang kita musuh kali ini".


AC JAMIAH STREET FC VS FOE FIGHTER FC

Buat peminat pasukan bolasepak Irbid pertemuan di antara pasukan AC Jamiah Street FC menentang pasukan Foe Fighter FC merupakan perlawanan tumpuan untuk merangkul kejuaraan PSL pada kali ini. Kejuaraan PSL sudah pasti menjadi milik sepenuhnya buat pasukan AC Jamiah Street FC sekirannya mereka berjaya mencatat kemenangan yang bergaya atas pasukan Foe Fighter FC. Namun keputusan itu dilihat agak mustahil berdasarkan statistik perlawanan AC Jamiah Street FC apabila menampilkan prestasi yang tidak menentu. Menurut ahli pasukan AC Jamiah Street FC, Syahmi prestasi pasukannya merudum sejak kebelakangan ini mungkin disebabkan kecederaan yang dialamai beberapa pemain mereka. Pasukan Foe Fighter FC juga mempunyai harapan yang tersendiri untuk mencatat kemenangan ke atas pasukan pendahulu liga untuk mengubah kedudukan mereka di persada liga. Menurut kapten pasukan Foe Fighter FC, Mahdi walaupun pasukannya kelihatan tidak mempunyai peluang untuk merangkul kejuaraan pada kali ini namun komitmen ahli pasukannya sepanjang musim kali ini sudah cukup membuat beliau berpuas hati. Jadi berjayakah AC Jamiah Street FC menghadiahkan piala kejuaraan PSL buat peminat-peminat pasukannya ataupun kita dapat lihat pasukan Foe Fighter FC berjaya memadamkan hasrat pasukan lawan untuk merangkul kejuaraan pada kali ini. Bak kata jkk sukan PERMAI, Amir IKIP "kita mahukan pemainan yang bersih dari kedua-dua pasukan kerana kita tidah mahu berlaku berlaku sindiket rasuah diantara kedua-dua pasukan untuk merangkul kejuaraan PSL kali ini,"

BUCCANEERS FC VS RED HORNET FC

Buccaneers FC menentang pasukan Red Hornet FC menjanjikan perlawanan yang epic diantara-antara kedua-kedua pasukan. Berdasarkan statistik PSL yang dibuat  prestasi di antara kedua-dua pasukan agak seimbang. Buccaneers FC sudah pasti akan meletakkan gandingan pemain terbaik. Hasrol dan Zaem untuk meletakkan kemenangan ke atas pasukan Red Hornet FC. Pasukan Red Hornet FC dilihat tidak kurang hebatnya sudah pasti akan memberi saingan yang hebat dengan meletakkan harapan kepada sandaran utama iaitu kapten pasukan mereka, Arip dengan mengekang serangan bertalu-talu yang dibuat oleh pasukan lawan. Matlamat kedua-dua pasukan kelihatan sama kerana masing-masing berhasrat untuk membaiki kedudukan pasukan di persada liga. Bak kata Aima "As football players you have all the experience on the field.You don't have the experience off the field".

JUFRA' FC VS LALA BASEL FC

Perlawanan terakhir ataupun perlawanan penutup sekaligus menjadi simbolik sebagai berlabuhnya tirai musim PSL sesi 2011/2012 menemukan di antara pasukan Jufra' FC menentang pasukan Lala Basel FC. Berdasarkan perlawanan-perlawanan sebelum ini prestasi pasukan Jufra' FC sering kali dilihat berjaya mencatat kemenangan sekiranya berjaya menurunkan gandingan Poey,Peja,Usamah dan Acap Marwan kerana kelibat mereka sering kali dilihat berjaya mengucar-ngacirkan pertawanan pihak lawan. Jadi sudah pasti memberi tekanan yang hebat kepada pasukan Lala Basel FC untuk mencatat kemenagan pada perlawanan kali ini. Pasukan Lala Basel FC yang meletakkan harapan kepada Baem Sidiqqi untuk yang bertindak sebagai defensive midfielder untuk mengekang asakan lawa. Sudah pasti pertemuan kedua-dua pasukan menampilkan aksi yang seimbang sesuai dengan matlamat yang sama bagi memperbaiki kedudukan di liga PSL pada perlawanan kali ini. Bak kate Mare "Football is not just about scoring goals,it's about winning"

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...