Saturday 26 November 2011

Kedudukan Setelah Perlawanan ke-3

IRBID- AC Jamiah Street mengukuhkan cengkaman di persada liga apabila berjaya membenam Red Hornet FC 6-0, sekaligus mengutip tiga mata berharga dalam perlawanan yang berlangsung semalam.

Red Hornet FC yang masih mencari kemenangan pertama terpaksa bertungkus lumus menahan asakan demi asakan yang dilancarkan pasukan yang diterajui kapten pasukan Irbid, Ahmad Mustaqim. "Kami berharap agar tidak mengulangi kesilapan pasukan Legend Kampung FC pada musim lepas," ujar beliau apabila ditemu ramah berkaitan kemenangan tersebut. 


Keputusan perlawanan tumpuan iaitu antara Foe Fighter FC dan Buccaneers FC nyata menunjukkan kedua-dua pasukan adalah seimbang walaupun pada mulanya Foe Fighter FC dilihat sebagai pasukan pilihan untuk memenangi PSL pada musim ini. Kapten Foe Fighter FC, Mahdi Ibrahim sekali lagi menggegar gawang menerusi sepakan percuma beliau, kali ini dari garisan tengah.

Keputusan perlawanan lain: 

Kaki Bangku FC 1-1 Jufra' FC. 
Olympique Irbide 0-2 FC Tiki Taka. 
Katang FC 2-3 Lala Loco FC 

Thursday 24 November 2011

Review Perlawanan Sebelum Matchday 3

Stadium Yarmouk.



Minggu ini perlawanan yang dijangkakan bakal mendapat tumpuan daripada seluruh peminat bola sepak seantero Irbid adalah perlawanan di antara Buccaneers FC menentang Foe Fighter FC. Menurut sumber yang agak boleh dipercayai, tiket jualan menyaksikan perlawanan tersebut sudah habis terjual seawal seminggu sebelum sepak mula berlangsung. Peminat yang berang kerana tidak Berjaya mendapatkan tiket dikatakan sudah pun membuat bantahan kepada Rais Jamiah Yarmouk supaya menyediakan tiket tambahan.

                Kedua-dua pasukan dijangka bakal menurunkan kesebelasan utama terbaik dengan masing-masing meletakkan harapan yang tinggi kepada dua orang pemain bintang iaitu Mahdi Ji-Sung dan Nuar Ju-Young. Kedua-dua pemain yang digilap menerusi akademi Phoniex Bangkit di bawah kendalian jurulatih Munirinho ini dijangkakan bakal memberi impak yang ckup besar dalam perlawanan hujung minggu ini. Mahdi Ji-Sung menunjukkan prestasi terbaiknya sepanjang musim lepas dan telah berjaya membuktikan kehebatan beliau apabila menjaringkan gol menerusi sepakan percuma cantik menggegar palang dalam perlawanan lepas. Nuar Ju-Young juga berjaya mengembalikan reputasi beliau selaku “wondergirl” dalam season 2009/2010 apabila berjaya membantu pasukannya muncul pemenang dalam perlawanan lepas dengan melakukan assist cantik terus ke kaki striker Hasrul. Menurut saksi, dua mingg selepas perlawanan berakhir, Nuar masih lagi menonton ulang tayang rakaman “assist” beliau secara bersendirian di kamarnya.

                Gawang gol pasukan Foe Fighter FC dijangka akan kekal dikawal oleh Abe Apis Yzels. Meskipun menunjukkan prestasi yang kurang memberansangkan dalam perlawanan lepas, kapten pasukan, Mahdi dipercayai akan tetap menaruh kepercayaan  kepada Abe. “Lemas sekali bukang(tidak) bermakna lemas sokmo(selamanya),” demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Abe yang ditemuramah ketika sedang enak menyantap mi kari enak tidak terperi di Warung Nyioque(iklan berbayar). Manakala di gawang gol pasukan Buccaneers FC pula, kami masih belum dapat mengesahkan siapa yang bakal ditugaskan untuk bermain di posisi penting itu. Namun, menurut maklumat awal, dipercayai mereka akan menurunkan Imam Muda Ibrahim Mahdi al-Hafiz sebagai penjaga gol. Walaupun season ini merupakan debut season beliau sebagai penjaga gol, namun nama beliau sudah mula meniti di bibir peminat sukan dalam kalangan akhowat sehingga ada yang menyamakan beliau sebagai Khairul Fahmi Che Mat Junior. “dulu-dulu sebelum Apek main team Malaysia, dio(beliau) pun ngapa(menghafal) jugok. Tapi berapo surah sayo tak tahu la. Serupo la mace(seperti) Abe Baim(nama manja Ibrahim Mahdi). Hik3,” itulah respons yang kami peroleh daripada salah seorang peminat Ibrahim Mahdi.

                Di barisan pertahanan pula, pengkritik sukan dijangka akan menumpukan perhatian kepada Firdy daripada pasukan Buccaneers FC dan Dzofir daripada pasukan Foe Fighter FC. Firdy yang terkenal dengan teknik “sepakan cerah masa hadapan”  dijangka tidak akan berdepan sebarang masalah untuk mengekang asakan daripada penyerang muda pasukan Foe Fighter FC. Dzofir pula seperti biasa tenang ketika menjawab soalan media berhubung perlawanan ini. “Tadak hai la(tiada masalah) la. Ang tengok aku takik kaki striker depa sat lagi. (subtitle not available)”
.
                Selain daripada nama-nama besar yang disebut tadi, dijangkakan aka nada beberapa pemain muda yang akan menyerlah dalam perlawanan tersebut seperti Hasrul(Buccaneers FC) yang sudah menjaringkan 2 gol sebelum ini serta rakan sepasukan beliau Ahmad Zaim yang turut mempamer aksi memberansangkan sebelum ini.

                Akhir kata, predicition kami berdasarkan skuad di atas kertas, Buccaneers FC bakal mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Foe Fighter FC.  

Stadium JUST



Pada hari yang sayup-sayup dengan mentari pagi  Jumaat ini akan menemukan dua pasukan yang akan menggegar seplanet  Irbid,Jordan apabila pendahulu liga PSL, AC Jamiah Street FC akan menentang pasukan yang cuba mencari kedudukan yang terbaik dalam liga pada perlawanan kali ini iaitu Red Hornet FC. Mungkin sebahagian penyokong AC  Jamiah Street FC ingin melihat kemenangan hatrik berturut-turut disamping mengekalkan rekod tanpa kalah dengan pasukan lain dan sebaliknya kemungkinan juga penyokong Red Hornet FC  ingin melihat pasukan mereka dapat menebus kehampaan dan kekecewaan dengan mencatat kemenangan bergaya pada perlawanan kali ini apabila pasukan mereka telas tewas pada perlawanan yang lepas dengan Katang FC. Bak kata perpatah bolasepak dunia “Bola itu bulat”. Macam-macam bola terjadi di atas padang esok buat kedua pasukan ini sama ada mereka mampu memberi penyokong mereka kegembiraan atau sebaliknya iaitu kecewaan yang teramat.
               
Terus terang kami katakan wanita yang mengandung dan lelaki yang mengalami darah tinggi tidak sesuai menonton perlawanan diantara AC Jamiah Street FC vs Red Hornet FC takut nanti meengalami kesakitan yang tidak dijangka apabila diramalkan kedua dua pasukan akan main bermati-matian dan dijangka perlawanan ini amat sengit apabila kedua dua pasukan menggunakan corak permainan menyerang. Sudah tentulah perlawanan esok akan menyajikan perlawanan yang menarik persis Barcelona vs AC Milan baru-baru ini di dalam Champion League buat penyokong kedua-dua pasukan.

Kedua-dua pasukan dijangka akan membariskan barisan terbaik untuk mengutip mata penuh pada perlawanan kali ini. Sudah pastinya AC Jamiah Street FC akan meletakkan sandaran utama kepada The Powershot Angrybird, Wan Camakh untuk membuat sesuatu pada perlawanan kali ini.Beliau yang dianggap playmaker dan top scorer buat pasukan ini dijangka akan bermain di bahagian midfield dan dibantu pemain muda yang berbakat besar Ahmad Hakim untuk mengawal di bahagian tengah dan melakukan hantaran  ke arah target yang berkemungkinan Mare dan Ekal sehati  jiwa akan menjadi targetman buat pasukan tersebut untuk memecah kebuntuan gawang gol Red Hornet FC yang dikawal oleh Amir Cidak.Bagi pasukan Red Hornet FC meletakkan harapan yang tinggi kepada Nazran untuk membolosi  gawang gol pasukan lawan yang berkemungkinan di kawal oleh Ajis. Bak kata Ajis, walaupun aku dah kahwin aku tak akan sesekali biar Nazran buat gol nanti klu orang lain aku boleh bagi.

Malang bagi pasukan Red Hornet FC apabila permain berbakat, Nur Arief berkemungkinan tidak dapat diturunkan apabila mengalami kecederaan yang teruk .Lebih-lebih lagi beliau dikatakan mengalami kecederaan yang serius ketika bermain futsal di Gyminasium Yarmouk pada hari itu.Menurut kapten pasukan, Arif IKIP “tu la sapa suruh main.aku dah ckp jgn main.degil.”.Selepas itu Nur Arief dikatakan sedih dan hanya bersendirian di rumah sambil mengarang sebuah lagu Nasib Malangku.  Tetapi midfield Red Hornet FC masih gerun dengan kehadiran pemain veteran berbakat besar Kuchai akan cuba mengawal di bahagian midfield dan beliau dianggap playmaker untuk pasukan ini. 

Seterusnya barisan pertahanan kedua –dua pasukan dianggap seimbang tetapi berkemungkinan AC Jamiah Street FC mempunyai kelebihan di barisan pertahanan apabila dibarisi permain pertahanan yang berpengalaman luas iaitu Kadiak dan Mustaqim. Kedua-dua pemain ini dianggap kereta kebal di Irbid ini apabila menurut sumber yang dipercayai mengatakan buat semua penyerang-penyerang di Irbid jangan haraplah lepas diorang selagi skill korang macam Fakri Sakrani je.Bagi Red Hornet FC barisan pertahanan untuk perlawanan kali ini akan diketuai Arif IKIP dan dibantu oleh pemain muda. Mereka sudah pastinya akan berusaha keras untuk memastikan barisan benteng pertahanan diorang teragadai begitu sahaja.Menurut sumber dipercayai mereka akan mengawal ketat setiap pergerakan Wan Camakh pada perlawanan ini supaya beliau tidak dapat menjaringkan gol seperti mana beliau mampu buat pada perlawanan-perlawanan sebelum ini.

Finally, prediction kami untuk perlawanan ini berkemungkinan AC Jamiah Street 2-1 Red Hornet FC berdasarkan prestasi semasa buat kedua-dua pasukan.

Sunday 20 November 2011

Permai Super League 11/12 Matchday 3 Fixtures:








Sunday 13 November 2011

MATCHDAY 2 PSL REVIEW

KATANG FC MENCATAT KEMENANGAN SULUNG:


Gol  'Ronaldo Nur Afiq' berjaya mengembalikan semangat keyakinan yang tinggi melayang bak layang-layang di Burj Al Khalifa buat pasukan  Katang FC  setelah mencatat kemenagan  sulung ke atas pasukan Red Hornet FC dengan jaringan tunggal 1-0.Gol tersebut hasil menerusi sepakan percuma yang cantik ala beauty in the beast dari ketua pasukan 'Pepe Sharul Acap' yang melakukan sepakan lambung terus menerus kepada Nur Afiq yang bijak melepasi benteng pertahanan pihak lawan untuk menghasilkan gol yang berjaya memperdayakan goalkeeper pihak lawan dengan sepakan lambung yang cantik ke arah gawang gol.Sebelum itu, penyerang sensasi ala Ronaldo sebelum perlawanan, Nur Afiq menjadi ala Torres selepas perlawanan apabila banyak melepaskan peluang keemasan di hadapan pintu gol.

Menurut kapten pasukan Katang FC, Nur Afiq bahawa beliau sangat bangga dengan prestasi pasukannya apabila berjaya mencatat kemenangan pertama dan berjaya menghasilkan gol setelah dua musim PSL tidak menghasilkan gol.

AC JAMIAH STREET TERUS GAH DI PERSADA LIGA PSL.


Ac Jamiah Street FC sekali lagi mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan berganda ke atas pasukan Keeba FC 2-0 pada perlawanan PSL di Stadium of Yarmouk.

Gol pertama Ac Jamiah Street FC dijaringkan menerusi rembatan padu Wan Chamakh dari luar kotak penalti melencong terus ke pintu gol menewaskan goalkeeper Keeba FC.

Keeba FC kemudian cuba mencari gol penyamaan,namun serangan demi serangan yang diatur gagal membuahkan hasil bak kata orang melayu asli 'It's nothing'.

Tidak beberapa lama kemudian pasukan Ac Jamiah Street FC dihadiahkan sepakan penalti hasil terjahan keras yang dilakukan pemain pasukan Keeba FC ke atas pemain Ac Jamiah Street FC, Zafran Haikal di dalam kotak penalti.Wan Chamakh yang dianggap 'Player of the Week' sekali lagi mencuri tumpuan apabila tenang mengambil sepakan penalti dengan menghasilkan gol kedua beliau di dalam perlawanan ini sekaligus menjadi gol keempat peribadi beliau untuk musim PSL setakat ini.

Sehingga wisel penamat, kedudukan AC JAMIAH STREET FC 2 KEEBA FC 0.

FOE FIGHTER FC KEMBALI MENGGANAS.


Foe Fighter FC kembali mengganas.Selepas hambar diikat Red Hornet FC,Foe Fighter FC mencipta kemenangan pertama ke atas pasukan Jufra' FC 2-1pada perlawanan kedua PSL di Stadium of Yarmouk,

Pada perlawanan tersebut pasukan Foe Fighter FC yang diterajui oleh kapten pasukan, Mahdi tampil mempamerkan corak permainan yang lebih meyakinkan dan lebih anggun terserlah di wajah dengan gerakan yang pantas.

Kapten pasukan Foe Figher FC, Mahdi memecah kebuntuan dengan meledak gol pertama Foe Fighter FC hasil sepakan percuma menarik yang merupakan 'Goal of The Week' berjaya memukau pasukan lawan dan para penonton yang menyasikkan perlawanan tersebut.

Namun begitu,kelalaian benteng pertahanan pasukan Foe Fighter FC  terhukum apabila membiarkan penyerang sensasi pasukan Jufra' FC, Chuib Jun Pyo melakukan rembatan lambung ke arah pintu gol menewaskan goalkepper pasukan lawan, Abe yang lemas dengan rembatan itu berjaya menghasilkan gol.

Pemain Jufra' FC yang dibarisi pemain yang dilabel gandingan Rooney,Xavi,Iniesta dan Alves iaitu Acap Marwan,Usamah,Poey dan Peja Jongkabe menjadi buntu apabila asakan yang dilakukan mereka tidak berjaya melepasi benteng pertahanan pihak lawan tetapi dengan corak pemainan tenang menjadi strategi pasukan Foe Fighter FC berjaya mencari gol kemenangan buat pasukan tersebut apabila pemain Muizz berjaya menolak bola dengan mudah masuk ke gawang gol setelah berjaya menghukum kesilapan benteng pertahanan dan goalkepper pasukan lawan.

KAKI BANGKU FC LEPAS PELUANG TERAJUI TAKHTA.


Kapten pasukan Kaki Bangku FC, Nuar Hussain kurang berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 dengan Lala Loco FC di Stadium of JUST yang menyebabkan peluang untuk memintas pendahulu PSL itu tidak menjadi kenyataan.Menurut beliau pasukannya layak untuk memungut tiga mata penuh pada perlawanan tersebut.

Kaki Bangku FC yang turun pada perlawanan tersebut sebagai pasukan pilihan apabila mencatat kemenangan pada perlawanan yang lepas mempunyai hasrat tersendiri untuk mencatat kemenangan berganda pada perlawanan tersebut.

Namun begitu,hasrat tidak menjadi kenyataan apabila beberapa percubaan yang dilakukan oleh playmaker pasukan Kaki Bangku FC, Nuar Hussain berjaya dinafikan penjaga gol lawan Lala Loco FC, Raja.

Tidak lama kemudian gol Kaki Bangku FC hadir menerusi kesilapan pertahanan pasukan lawan apabila menjaringkan gol sendiri memberi gol percuma kepada pasukan tersebut.'Seperti mengharapkan belasan ihsan pasukan lain' itulah kata-kata yang terungkap oleh pemain Lala Loco FC, Ucop Jalil apabila hanya mampu melihat gol sendiri itu dihasilkan.

Tuah lembu boleh lihat pada batang pinangnya,tuah bola sesiapa pun tidak tahu apabila pasukan Lala Loco FC dihadiahkan sepakan penalti pada minit-minit terakhir perlawanan hasil kesilapan pertahanan pasukan Kaki Bangku FC akibat bola terkena tangan pemain pasukan tersebut.Pemain Lolo Loco FC, Ucop Jalil menyempurnakan sepakan penalti dengan tenang untuk memberi mata berharga buat pasukan tersebut apabila berjaya mencatat keputusan seri terikat 1-1 dengan pasukan Kaki Bangku FC.

HASROL WIRA BUCCANEERS FC.


Penggempur berbisa, Hasrol dijulang sebagai wira apabila meledak gol ketika membantu Buccaneers FC menewaskan FC Tiki Taka 1-0.

Gol menerusi gerakan pemain sayap kanan pasukan Buccaneers FC, Anuar Saad yang menghantar satu lorongan  cantik di hadapan pintu gol yang berjaya meperdayakan benteng pertahanan pasukan lawan apabila hantaran itu terus disambar oleh penyerang berbisa, Hasrol untuk menjaringkan gol yang penuh bermakna buat pasukan Buccaneers FC.

Pemain sayap lincah FC Tiki Taka, Fieq berpeluang untuk mencatat nama sebagai penjaring bagi menyamakan kedudukan seterusnya mengubah keputusan perlawan tetapi rembatan kencangnya sedikit tersasar.

Akhirnya keputusan perlawanan memihak kepada Buccaneers FC menewaskan FC Tiki Taka 1-0.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...