brader mun merupakan captain skuad phoenix bangkit. beliau merupakan antara warga tua di mantiqah irbid. pesanan beliau kadang mencapai tahap king of kodi. oleh itu, malam tadi pihak editor PSL berjaya menemubual di tempat lepak beliau yang common iaitu restoran warung din. sambil-sambil pekena teh tarik warung din pihak editor terus menemu ramah brader mun ini.
editor : salam abg mun. amacam, kelas ini hari menarik?
mun : gua baru balik amman ni. ok je. gua ini hari pekena teh tarik sama mak cik ward psyhiatry. memang kacip
editor : biar betik bro?
mun : gua kan mesra alam. tak de hal lah nak pekena teh tarik bersama.
editor : bro, lu ada tau ke ini minggu dah masuk minggu ke-4 match bola PSL
mun : gua tau lah brader. gua kan captain phoenix bangkit. apa-apa hal mmg director terus sms gua. gua tabik lah tahap pengurusan diorang. mesra, cepat dan betul.
editor : sorry bro, sori.macam mana saya boleh terlupa. okeh, bro saya nak tanya pendapat bro. ada kelapangan?
mun : no hal lah. sambil gua nonton perlawanan barca yang diorang nak kalah ni, lu boleh je nak ask question.
editor : sporting lah lu bro. ok bro mun, apa pendapat brader tentang match genting minggu ini antara warung din sama dengan kuda hitam.
mun : gua rasa warung din boleh pergi jauh. tapi, tidak bermakna gua memperkecilkan team kuda hitam.
editor : ayat brader falsafah lah. tak faham saya. bro boleh story sikit apa yang bro nak cakap
mun : warung din sudah lose last week. jadi, diorang lebih bersemangat untuk menang match hujung minggu ni untuk elak margin yang jauh sama kuda hitam. tapi, kuda hitam dah selesa dengan straight kemenangan sebelum-sebelum ini. gua dapat rasa diorang semakin lalai. gua dapat rasa beberapa geng-geng kuda hitam macam sombong. contoh, player diorang yang rambut pacak-pacak tu. gua pun tak ingat apa nama.
editor: owh, kenal kenal. player yang pakai jersi nombor tujuh yah?
mun : tak kisah. ngok dia sudah saombong dengan gua. lalu sebelah gua tak mahu kucup tangan gua. panas betul.
editor : rileks bro. ketua budak MARA tu. sibuk urusan dengan akhrawat.
mun : tak de hal lah. gua sporting. yang pasti, gua nak dia belanja gua jumaat ni nasi ayam. baru gua maafkan.
editor : so, prediction brader berapa warung din boleh menang.
mun : gua rasa diorang menang 2-1. gua sokong warga tua. warga tua terbaik. bai bai. jom, pekena teh tarik kat yamani.
editor : thanks bro. saya ada usrah MEKAP ni.
mun : bagus lah lu. bola bola juga, tarbiyah lu jaga. mantap. ok, beb salamat.
written by,
deqmoon
2 comments:
lu apasal angkat bakul sendri ni? panas betol la gua lu buat macamni..
geli betol gua..
Post a Comment