Wednesday, 30 December 2009

[PSL] Berita Sukan

Kuchai intai pemain baru kukuh cengkaman

Pemain tengah Bugatti FC, Husaini Azizan dilaporkan menaruh minat terhadap penyerang berbisa FC Rubin Irbid Abdullah Ashraf Gorlami Refikoglu Osmanbey. Ini berikutan tempoh perpindahan pemain yang akan dibuka Januari ini. Kuchai, yang mempercayai bahawa pasukannya masih ada harapan untuk memenangi liga ini ingin menajamkan jentera serangan Bugatti FC. "Ashraf mempunyai potensi yang tinggi" kata Kuchai kepada media.“Pasukan ini amat berbakat dan pemainnya laparkan kejayaan serta mempunyai semangat kental mencapainya. Bagi saya mereka berhak mendapat kejayaan walaupun setakat ini kami masih belum memenangi apa-apa,” katanya. -AFP




"Kami mahukan Usamah!"


Begitulah ujar dua kapten pasukan, Abdul Munir Sanusi dan A Mohd Rahmat malam tadi di Warung Din Selamat. Usamah dari pasukan The Dark Horses menjadi tumpuan dua pasukan apabila mereka ingin menukarkannya dengan penyerang mereka. Usamah, apabila diminta mengulas tentang perkara ini tidak menjawab sebaliknya tertidur di hadapan tv plasma ustaz din. Munir berharap untuk menukarkan Usamah dengan Izham, lebih dikenali sebagai  Awe manakala Rahmat mahukan Faizal Jongkabe sebagai tukaran dengan penyerang dari utara itu. Namun begitu, Awe menunjukkan tulus setianya kepada pasukan Phoenix Bangkit dengan berkata "Aku tak nak pergi ke mana-mana, setia beb. Tapi kalo mane2 team nak aku, tadahal je. Kontek ejen aku."-AP





Azri gesa pancing Ashraf Marwan

Dua minggu selepas seri dengan Warung Din Selamat FC, kapten pasukan The Dark Hoses, Azri Poey menunjukkan hasrat membeli pmeain tengah Phoenix Bangkit FC, Ashraf Marwan. Kini Azri berharap dapat mencari pemain tengah bersesuaian dan murah bagi memperkuatkan skuadnya dalam usaha meneruskan rentak kemenangan menjelang baki musim ini.Namun begitu, kapten Phoenix Bangkit FC dikatakan tidak berminat untuk melepaskan pembantu kaptennya itu meskipun memiliki bintang baru, Adik-beradik Korea. “Apabila anda melihat kedudukan kami beberapa minggu lalu, pujian harus diberi kepada pasukan yang tidak pernah berputus asa walaupun ramai berpendapat kami sudah tiada harapan,” kata Munir. “Kami terus berjuang dan ini menunjukkan pasukan mempunyai kekuatan mental.-AP



Real perlukan jentera penyerang, Warung Din tarik Umeir dan Mukhlis minta keluar


Sofuan Azahri mengakui bimbang selepas kekalahan tipis pasukannya minggu lepas. “Ia perasaan yang tidak selesa, saya tidak berniat untuk menjatuhkan moral rakan sepasukan, tapi itulah yang berlaku. Kami perlukan barisan peyerang yang lebih mantap." Kata anak kelahiran Pasir Puteh itu kepada media PSL. Manakala kapten Warung Din Selamat menyatakan Umeir ialah pelengkap kepada 'team masak' mereka. "Kita sudah punyai Ust Din, Sophee dan Baha. Umeir adalah sasaran kami yang paling utama buat masa ini." kata Rahmat. Dalam masa itu, Mukhlis atau nama timangan yang hotnya 'Mu Mu' mengumumkan bahawasanya beliau tidak lagi berhasrat untuk bermain untuk pasukan The Dark Horses. Mukhlis di sidang akhbar kelmarin menafikan laporan yang menyatakan dia bertelagah dengan kapten pasukan, Azri Poey. "Saya tiada masalah dengan Azri, dia adalah seorang kapten pasukan yang berkaliber. Tetapi saya rasa saya akan bersinar lebih terang di bawah tunjuk ajar Abg Mun. Itulah hasrat saya." - Agensi


Emanaldo untuk membantu ke'bangkit'an?

IRBID - Pasukan rekod tanpa menang, Phoenix Bangkit FC mengumumkan niat mereka untuk mengambil Aiman Majdi Abdullah Akhili ataupun Emanaldo untuk menjadi pengurus baru kelab mereka. Meskipun berdepan dengan masalah kewangan kelab, namun kedatangan bekas pemain Irbid itu tetap dialu-alukan oleh semua pihak. “Beliau adalah pilihan yang tepat tetapi sebagai menghormati tugasnya sebagai Free Agent di Permai Super League ketika ini, kami tidak mahu mengulas lebih lanjut,” kata Abdul Munir dalam satu kenyataan, semalam. Aiman Majdi pernah tercalon untuk menjadi kapten pasukan bersama-sama Abdullah Ashraf sebelum PSL bermula, namun akibat konspirasi PSL pasukan Aiman Majdi dan Ashraf dibatalkan begitu sahaja.
“Bila anda memasuki bilik persalinan, anda memerlukan seorang yang berkarisma, Aiman Majdi memiliki semua itu, malah beliau juga memiliki rekod yang hebat.
“Saya percaya beliau adalah pilihan yang tepat, kerana kami mempunyai nama yang sama,” kata Aiman Johari, salah seorang dari Adik-beradik Korea semalam.

9 comments:

Abdulla said...

hahahaha

the best post everrrrr!!!!

ejad said...

hahahahhahahahaha..

sape buat bnde ni?ak nak sekeh kpala die..haha..lawak siot

Anonymous said...

hhaha

mar cullen said...

aku dengar2 tadin nak masuk team pheonix bangkit..aku dengar2 la..haha saje buat gossip kasi restless sikit wassiek

kamen said...

hahahs siot r buat gossip meliar nih. sumer fitnah semata2.. wakakaka

sidi said...

gosip2.terbaek la post ni

mUneer said...

hampagas. mmg terbaik columnist buat post kali ini. kalah sokkernet.


p/s - pasukan rekod tanpa menang. parok ayam. malu gua

mando said...

aku syak ni kerja wawan?

majdi akhili said...

aduh pening la budak2 ni

tapi tetap best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...