Thursday 10 December 2009

Fan Picks : Preview Bugatti FC vs The Dark Horses

Perlawanan hujung minggu ini bakal menyaksikan cubaan Bugatti FC (BFC) untuk meraih kemenangan sulung mereka berdepan lawan yang menggerunkan, The Dark Horses (TDH).


Dengan dua kemenangan dalam dua perlawanan pertama, TDH dilihat mampu mengekalkan rekod cemerlang mereka ke atas pasukan kedua tercorot liga, BFC dalam perlawanan yang dijangkakan amat sengit ini. Berdepan dengan pasukan yang terkenal dengan sikap tidak berputus asa apabila berjaya menjaringkan gol saguhati selepas ketinggalan 3-0 dalam perlawanan terakhir mereka, TDH perlu mengatur strategi sebaik mungkin untuk memastikan keputusan akhir perlawanan berpihak kepada mereka.

Sementara itu, BFC yang masih terluka akibat dibelasah 4-1 oleh pasukan yang sedang meningkat naik dalam liga, Real Benchwarmer (RB) pada perlawanan yang lepas perlu segera mencari penawar untuk memastikan sebarang harapan untuk menjuarai liga tidak berkecai begitu sahaja. Pasukan yang diketuai Rafi ini perlu mengambil kesempatan terhadap kelemahan TDH yang tidak mampu menang tanpa bolos dalam dua perlawanan pertama mereka.


Muhammad Jaafar, Warung Din Selamat FC

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...