Thursday, 17 December 2009

Match Preview : Phoenix Bangkit FC VS Bugatti FC

BACKGROUND : Pihak PSL baru-baru ini telah mengumumkan untuk menyambung pusingan kedua bagi Permai Super league. Justeru Phoenix Bangkit FC dan Bugatti FC masing-masing mempunyai peluang untuk memanjat tangga liga malah mungkin juga memenangi liga PSL.

PBFC : PBFC berjaya mendapatkan mata pertama mereka pada perlawanan yang lepas menentang FC Rubin Irbid apabila mengikat kedudukkan 1-1 di akhir separuh masa kedua. Kesefahaman dalam pasukan juga semakin jelas apabila gandingan 'Korean brothers' Aimejo-Mahdi dilihat semakin berbahaya. Namun kecederaan pada penyerang, Khairi sedikit sebanyak menjejaskan ketajaman serangan PBFC.

BFC : Walaupun tewas di tangan TDH pada perlawanan lalu, namun peningkatan dapat dilihat dalam BFC berbanding dengan perlawanan kedua mereka. Midfield mereka yang diketuai Kuchai dilihat mampu menembusi pertahanan PBFC akan tetapi tanpa kerjasama yang baik BFC dijangka akan terus terperosok dibawah liga. Kemenangan akan membawa mereka keluar dari tempat tercorot seterusnya menyuntik semangat mereka untuk bermain dengan lebih baik lagi.

ANALISIS : Rafie perlu mewujudkan 'chemistry' dalam ahli-ahli pasukan yang kebanyakkannya pelajar tahun 1 agar serangan yang jitu boleh dilakukan. Munir pula perlu memastikan pasukan mereka bermain dengan baik seperti perlawanan lalu untuk mendapat kemenangan pertama mereka.

PBFC : Korean brothers dijangka mampu memporak-perandakan pertahanan BFC seterusnya membuka peluang untuk Acap Marwan menjaringkan gol kedua peribadi. Namun Marwan Cullen perlu memastikan kesilapan pada perlawanan lalu tidak berulang.

BFC : Rafie perlu lebih berani untuk memberi peluang pemain-pemain muda mereka mengetuai pertahanan supaya ayam tambatan mereka seperti Jafni, Kuchai dan beliau sendiri boleh maju kehadapan seterusnya memantapkan serangan mereka yang agak lesu sebelum ini. Setelah kalah 3 perlawanan dan bolos 7 gol, tiada apa yang boleh mereka lakukan selain bermain dengan bersungguh-sungguh dan mencuba yang terbaik.

Prediction : PBFC 1 - BFC 1

PSL Fixture and venue committee, muiz

2 comments:

mar jonas said...

aku harap esok awe in form..kalau awe mengamok..siap la..

mUneer said...

gua harap esok skuad bangkit boleh gempur straight set 15-0

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...