Tuesday 10 November 2009

Pesanan Abg Aizat Amiruddin Khas Buat Semua Players Irbid


Assalamualaikum adik-adik, sahabat-sahabat dan ahli PERMAI sume. Tidak dilupakan Abang Mar selaku pengarah program.

Sihat ye sume? Ni dah muqaddimah musim-musim sejuk ni, jagalah kesihatan lek-lok, hopefully endemic demam selsema haritu tak berulang balik.

Cakap pasal demam tak demam ni, sekarang ni kan suhu PERMAI pun tengah panass.. panas sebab demam bola katenye. PERMAI Super League yang diterajui oleh abang mar. Walaupun saye ni dah lame tak main bola, tapi tau la sket2 perkembangan bola sedunia, at least kt Irbid. Heheh.

Bagusla, main bola tu kan bersukan, bersukan boleh menyihatkan badan. Badan sihat Allah sayang.

Cumanya dalam syok bersukan tu, nak ingatkan 3 perkara:

i- Niatkan bersukan tu kerana Allah, supaya jadi Ibadah. Sebab sabda nabi:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : الْمُؤْمِنُ الْقَوِيُّ خَيْرٌ وَأَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ الْمُؤْمِنِ الضَّعِيفِ
Daripada Abi Hurairah ra. Berkata, Rasulullah saw bersabda: Mukmin yang kuat itu adalah lebih disayangi Allah daripada mukmin yang lemah. (HR Muslim dan Ibn Majah)

Bayangkanla, kalau sehari dok kat padang 2 jam, seminggu 14jam, setahun 730jam = 30.4 hari. So dalam setahun, sebulan dok kat padang bola. Alangkah ruginya, kalau sebulan dalam setiap tahun tu dihabiskan hanya untuk seronok-seronok tanpa ada nilai di sisi Allah swt. Memang rugi!

So, harapnya lepas ni, waktu pakai but nak klua g padang tu, setkan dalam hati dan pesankan pada kawan-kawan sama, niatkan sukan kita pada hari tu kerana Allah. Insyaallah sihat dapat, seronok dapat, redha Allah pun dapat.

(teringat masa kat skolah dulu, sebelum main budak-budak tabligh akan panggil kejap, fikir atas iman selama 5 minit J )

ii- Jaga Akhlak mase kat padang
It is undeniable, kadang-kadang situasi kat padang memang tegang. Si A ’Ter’tackle si B lah, C tertolak D lah, si E tu main kasar lah, referee xadil lah.. macam-macam. (macamlah yg tulis ni slalu main bola)

Kadang-kadang orang yang senyap dan paling penyantun ala-ala lelaki Irbid terakhir pun, bila kat padang bola macam jadi orang lain. Bengisnya, Masyaallah..

Kita kena ingat, kuat fizikal tu memang bagus, tapi ada satu lagi kekuatan yang lebih diiktiraf oleh Rasulullah saw:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيْسَ الشَّدِيدُ بِالصُّرَعَةِ إِنَّمَا الشَّدِيدُ الَّذِي يَمْلِكُ نَفْسَهُ عِنْدَ الْغَضَبِ
Daripada Abi Hurairah ra., Rasulullah saw bersabda: Bukanlah kekuatan itu pada bergusti atau memukul manusia, sesungguhnya kekuatan itu adalah orang yang mampu mengawal dirinya ketika marah.

Jadinya lepas ni, jadilah lelaki yang benar-benar kuat dan gagah lagi sejati, iaitu yang tetap cool walaupun tengah marah J. Kalau sume orang bleh control marah kan jadi lagi best, ukhuwah pun lagi bertaut insyaallah. Bak kate XPDC - Semangat perjuangan harmoni.

iii- Jaga solat
Ni nak habaq sket nih, setakat yang diperhatikan, kadang-kadang ada sesetengah budak yang main petang-petang ni, sampai rumah time orang nak kluar solat Maghrib.

Pastu dah sampai rumah tu mestilah nak mandi dulu, siap-siap. Ada yang sampai tertinggal solat kat masjid sebab main kat padang. Ada plak tu, time orang sibuk nak g solat maghrib, die boleh lepak-lepak depan kedai sambil berborak-borak, minum-minum air. Tak kena lah macam tu kan?

Hopefully lepas ni, sama-samalah beringat, maybe bleh buat qarar ke - setengah jam sebelum azan, padang mesti dah kosong. Kalau nak main lama sket, turun la awal. Kan? Terutamanya senior-senior, pandai-pandailah ambil peranan. Kalau abang-abang pun syok main tak ingat nak balik, adik-adik ni lagi lah... Jadi kepada abang-abang, tunjukkanlah contoh yang baik

Tak syokla kalau tertinggal solat maghrib berjemaah hanya kerana main kat padang. Mintak tolong sangat-sangat, ambil perhatian perkara ni.

Tu je la nak cakap. Meh nak simpulkan balik 3 perkara tadi:
i-                    Niatkan bersukan kerana Allah, tak rugi masa, dapat pahala.
ii-                  Jaga akhlak di padang, be cool.
iii-                Jaga solat berjemaah di masjid, terutama solat maghrib lepas main petang-petang

Ni bukan sepanjang PSL ni je, cuba praktikkan sepanjang tahun dan selama-lamanya, di mana-mana jua. Sekian dulu tazkirah daripada orang yang dah lame tak main bola.

Assalamualaikum.

1 comment:

mar cullen said...

ringkas dan padat..terima kasih abg ai.

tp rasa macam point no 2 tu kene kat diri sendiri..ni yg rasa nak mintak maaf kepada semua yang ada terkasar..esp hadi damanhuri..hehe

point no 3 sy cam tau je sape..nges2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...