Assalamualaykum wbt kepada semua.
Terutama kepada semua peserta dan pemain PSL 09/10. Seperti yang kita semua sedia maklum, liga PSL ini merupakan satu program anjuran PERMAI yang punyai beberapa matlamat yang ingin dicapai.
Kita perlu sedari dan fahami bahawa pastinya program yang sebesar dan se'grand' PSL ini memerlukan tenaga kerja, usaha dan pengorbanan yang selari besar untuk menjayakannya. Masa, wang dan tenaga sudah pasti telah banyak dicurahkan oleh mereka2 yang menggerakkannya. Bermula daripada pengarah, timbalannya, AJK-AJK sehinggalah kepada penyelenggara blog PSL ini.
Tiada upah yang mereka terima, tiada ganjaran yang menanti mereka. Namun mereka teruskan jua segala gerak kerja mereka dengan ikhlas. Dan sedarilah, mereka jua adalah pelajar seperti kita semua. Mereka jua adalah teman-teman kita.
Namun, di sebalik menjadi pentas bagi para peserta menunjukkan bakat, mengasah kemahiran dan mengejar piala impian, sudah pasti ada matlamat yang lebih besar untuk dicapai daripada pihak penganjur PSL. Matlamat yang menjana tenaga mereka, yang menggerakkan mereka walau dalam keadaan yang memaksa.
UKHUWWAH. DISIPLIN. KERJASAMA
Itu antara matlamat utama yang diharapkan. Dan di atas satu dasar yang lebih unggul. LILLAH TAALA. KERANA ALLAH.
Itu yang menjadi pembeza kita. Semua orang mampu untuk mencapai segala matlamat yang ditetapkan dalam segala perancangan mereka, namun KEREDHAAN ALLAH hanya dapat dicapai oleh mereka yang berhajatkan sahaja.
Dan saya yakin semua yg terlibat dalam PSL kali ini jika ditanya pasti akan bersetuju untuk mencapai matlamat ini bersama-sama. Namun berapa ramai yang mampu merealisasikannya, jika ingin dinilai daripada perlakuan kita.
Pergaduhan, saling menyalahkan, tidak mampu menahan sabar, mengadu domba, tidak jujur, dan menyuarakan rasa tidak puas hati dengan cara yang melampau-lampau antara beberapa 'dugaan' yang mampu merencatkan matlamat ini. Dan ya, ia sering berlaku.
Saling bekerjasama, saling bertolak ansur, saling memaafkan. Hormat-menghormati antara teman mahupun 'lawan', dan tolong menolong, semua ini perlu di'padang'kan. Bukan hanya gagah dituturkan. Kerana semua ini merupakan jalan untuk kita mencapai matlamat terunggul kita tadi. REDHA ALLAH.
Adat permainan, setiap minggu, setiap pusingan, setiap perlawanan pasti ada yang menang dan pasti jua ada yang kalah. Namun alangkah manisnya jika kita semua mampu untuk pulang sebagai pemenang. Pemenang di sisi Allah. Kita mampu jika kita meletakkan Allah di tempat yang tertinggi.
Ya, mereka yang bermain keranaNya.
Semoga setiap amalan kita dihitung Alah sebagai ibadah kepadaNya, dan kita semua sentiasa menjadi pemenang di pandanganNya. Wallahuaalam.
- Aiman Majdi , (free agent, Viewer's Most Voted Captain)
2 comments:
PEMENANG di sisi ALLAH
ko yg plng jahat munir dgn dak2 junior.. ak tgk asek tolak je kan? hahaha
Post a Comment