Thursday 13 October 2011

Season Kick Off

by: fantaoren..

Bahang kerancakan mula terasa time2 hujung minggu nie sebab bola akan mula bergolek tepat jam 7.00 pagi waktu melayu Irbid, menandakan season baru liga bermula. Dengan masing-masing sibuk menguruskan program dan bergelut study last minit, nampaknya hujung minggu ini hanya akan meriah dengan gelagat para penjual nasik lemak dan air sirap nostalgia berbanding tahun2 lepas.

Berdasarkan senarai pasukan yang baru keluar, short review untuk matchday pertama nampaknya agak sedikit terencat. Yer la, ada team macam gampang, ada team macam ayam masak merah.. Kita tunggu dan tengok team mana yang akan meneruskan tradisi team Phoenix Bangkit dan Legend Kampung yang rata-ratanya dipenuhi player yang mewakili Irbid dan Amman tetapi prestasi hampeh sepanjang season PSL.


Atas kertas, team feveret untuk dominasi liga musim ini tentunya jatuh kepada team 4. Dengan dibarisi ‘Korean Brothers’, abg Afyz warung nyiok, dan David Robert Joseph Dzofir, team nie seakan-akan terlalu mantap hinggakan menjadi bualan penduduk Irbid yang tahu menyepak bola.

Kali ini juga, dengan pertambahan pemain dan promotion dua kelab dari liga bawahan yang tak pernah wujud, mungkin ada team yang akan menjadi pengat pisang seperti Copa Banana pada edisi lepas. Team yang dimaksudkan tidak lain tidak bukan, team 10 yang dikhabarkan berjaya mengikat beberapa nama seperti Super Senior, Abg Rahmat dan pemain kebangsaan Yaman, Syed. Namun permit kerja Abg Rahmat masih diragui dan kemungkinan team 10 terpaksa bermain tanpa beliau selama beberapa minggu.

Team lain rata-ratanya boleh dikatakan seimbang dan tidak ada apa yang boleh direview setakat ini. Antara beberapa nama yang perlu dperhatikan betol2 pada perlawanan pembukaan ini ialah Fieq Eum Messi, Mar-Wan Chamakh, dan Ozil Wasiek.

Sekian melaporkan..

6 comments:

Anonymous said...

klaka gila post ni

Anonymous said...

nice post

Anonymous said...

:D cun.
kepada mana2 individu yg berminat untuk menulis artikel,bakat anda amat dialu2kan untuk memeriahkan lg blog ini. boleh cntct biro media, saudara amirul mare

Anonymous said...

umm..kalo bley...bg la ayat professional skit...nmpk cikai sgt lak post ni...hbs nmpk cikai PSL...ni just cdngn r...

Anonymous said...

sokernet.blogspot
[edisi irbid]

inilah pelapisnya..keh3

nama afiq said...

kuajo,, pengat pisang,, team ak kot,,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...