Tuesday 18 October 2011

Matchday 1 Review PSL 2011/2011

STADIUM YARMOUK

TEAM 3 vs TEAM 5

Team 3 yang dibarisi gandingan pemain ala Villa Messi iaitu Zulharis dan Shafiq Muzakkir berjaya mengalahkan team 5 yang dibarisi gandingan veteran Wasiek  dan Yaser serta Hadi Damanhuri yang menjadi tunjang belakang pasukan tersebut dengan jaringan 1-0.

Gol kemenangan itu dihasilkan menerusi jaringan Super Villa Zulharis yang menyambung baik hantaran Super Messi Shafiq yang berjaya mengubah terus keputusan perlawanan yang memihak kepada  Team 3 .Walaubagaimanapun,Team 3 mempunyai peluang yang baik untuk menjadikan perlawanan dengan jaringan 2-0 tetapi nasib tidak memihak kepada pasukan tersebut apabila dari sayap kanan, Pablo Aima apabila percubaan beliau dinafikan barisan pertahanan Team 5.Benarlah kata pengkritik sukan Irbid, Nuar Saad bahawa gandingan Villa dan Messi berjaya menghampakan harapan Team 5 untuk mencuri kemenangan pertama.

TEAM 1 vs TEAM 8

Gol emas dari penyerang Team 1, Garfield Ekal berjaya menjulang beliau sebagai 'man of the match' pada perlawanan yang dianggap 'match of the week' minggu ini dengan menjadikan keputusan perlawanan 3-2
.Sebelum itu, Team 8 berjaya bangkit dari selimut kelenaan apabila ketinggalan 2 gol lantas menyamakan kedudukan dengan berbalas 2 gol.Team 1 yang dibarisi pemain defend yang berpengalaman Ahmad Mustaqim merupakan kapten pasukan tersebut,pemain wing serba boleh ala-ala Amirulhadi yang terkenal dgn set piece menarik, Khair Syafiq Nan dan pemain tidak asing lagi buat peminat bola sepak irbid yang terkenal dengan gelaran 'Power Shot Angry Bird', Wan Camak yang berjaya menghasilkan 2 gol pendahuluan menerusi dari swing shot dan great header beliau.

Namun,perlawanan menjadi tegang seketika apabaila Mare dari Team 1 membuat terjahan keras ke atas penyerang berbakat Team 8, Muhd Hazrul setelah dikatakan agak excited membuat skill ole di atas padang.Mare telah dilayangkan kad kuning oleh refree perlawanan Messi Shafiq akibat terjahan keras yang dilakukan.Perlawanan menjadi semakin menarik apabila 2 percubaaan Mukmin Torres dinafikan oleh tiang gol setelah gerakan one by one dengan goalkeeper Team 1, Angah Faiz.Tidak lama kemudian, perlawanan berubah seketika apabila Team 8 membuat pertaruhan berani mati dengan memasukkan  Anuar Saad ketika separuh masa kedua berjaya membuatkan hasil apabila pemain muda, Khairul Naim dan Muhd Hazrul berjaya menghasilkan 2 gol yang penuh bermakna lantas berjaya menyamakan kedudukan.

Perpatah Melayu ada mengatakan 'nasi sudah menjadi bubur' apabila jaringan minit-minit terakhir Garfield Ekal berjaya menghukum kealpaan defend Team 8 dengan memberi kemenenangan yang penuh bermakna kepada Team 1.Kata pengkritik sukan Irbid, Acad Khalid bahawa Theatre of Dream ke atas Team 1 dan kekalahan Team 8 tidak bermakna diorang 'The Losser' kerana pasukan tersebut mempunyai pemain muda  yang begitu berbakat yang mampu memjadikan Team 8 digeruni untuk musim kali ini.

TEAM 2 vs TEAM 6

Longshot dari percubaan gol ala-ala Gerard dan Lampard oleh pemain Team 2,  Nuar Hussain dan Sabdal berjaya membuat penyokong bola sepak Irbid terdiam seketika apabila menghasilkan 2 gol cantik yang dikatakan 'Goals of The Week' berjaya memberi kemenangan selesa untuk Team 2.Team 2 yang dibarisi pemain bintang, pemain yang mempunyai skill ala-ala Cristiano Ronaldo, Nuar Hussain dan  pemain yang mempunyai mirip muka Safee Sali, Sabdal dan dibantu pemain muda yang berbakat Wan Sabah berjaya memusnahkan harapan palsu Team 6 yang dibarisi pemain bintang iaitu pemain lincah ala-ala Ronaldinho, Nur Afiq,pemain cool di atas padang ala-ala Frank Lampard, Ibrahim Suri.

Walaubagaimanapun, perlawanan terhenti seketika apabila Nur Afiq dikatakan mengalami sesak nafas.Menurut laporan dari paramedik keadaan Nur Afiq masih terkawal dan beliau dibenarkan untuk bermain perlawanan seterusnya .Sementara itu, pemain Team 2, Amir Akhtar tidak dapat meneruskan perlawanan kerana beliau mengalami sedikit kecederaan yang memaksa beliau untuk keluar padang

Benarlah kata pengkritik sukan, Shamsul Falah bahawa  Nuar Hussain dan Sabdal umpama isi dan kuku kerana diorang mempunyai chemistry yang kuat untuk membantu pasukan diorang untuk mengecapi kemenangan pada musim kali ini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...