Tuesday 18 October 2011

Matchday 1 Review

 STADIUM JUST

TEAM 9 VS TEAM 10

Stadium JUST menjadi saksi kemenangan yang penuh bermakna bagi Team 9 apabila berjaya mengalahkan Team 10 dengan jaringan 2-0.Team 9 yang dibarisi empat pemain berpengalaman yang tidak asing bagi bolasepak Irbid iaitu Acap Marwan,Poey Nene,Fzal Jongkabe dan Usamah serta dibantu oleh pemain-pemain muda yang lain berjaya mendapatkan gol menerusi sepakan penalti hasil dari sepakan percuma yang terkena tangan pemain Team 10 di dalam kawasan kotak penalti.Acap Marwan dan Poey Nene yang agak fobia dengan sepakan penalti ini membiarkan Usamah mengambil sepakan penalti tersebut.Usamah yang merupakan pemain veteran dan berpengalaman luas dengan tenang menyudahkan sepakan penalti menembusi gawang gol.

Seterusya, gol kedua muncul setelah Khairul Naim berjaya memperdayakan defend team lawan dengan membuat penyudahan bijak berjaya menghasilkan gol dengan keputusan perlawanan berakhir 2-0.Perlawanan juga menyaksikkan pemain sensasi Team 10, Qutad mengalami kecederaan.Menuru\t sumber laporan paramedik,kecederaan Qutad tidak serius dan masih boleh meneruskan perlawanan.

Pengkritik sukan, Buyung menilai bahawa Team 9 perlu mencari pemain defend yang berbakat untuk mengekang serangan pihak lawan dan Team 10 perlu mencari goalkepper yang tangkas untuk mengelakkan gawang gol dari terus dibolosi.

TEAM 4 VS TEAM 7

Perlawanan sengit antara kedua-dua pasukan menyasikkan perlawanan berkesudahan seri tanpa jaringan.Team 4 yang dikatakan favourite team untuk memenangi PSL musim ini turun tanpa pemain bintang utama Dzofir untuk perlawanan bagaimanapun memberi tentangan yang sangat hebat yang diketuai pemain korean brothers Aiman Jo dan Mahdi,pemain defend sensasi Irbid, Kamal Mh dan goalkepper dengan gelaran 'The Hand of Irbid', Abe.Bagi Mahdi yang merupakan tunjang belakang Team 4 berhasrat hanya untuk menguji pemain-pemain beliau pada perlawanan ini apabila beliau memberi peluang kepada bakat muda dengan keluar pada masa separuh masa kedua dan diganti oleh pemain muda pasukan tersebut.

Sudah tentu,Team 7 menarik nafas lega apabila berjaya mengekang asakan pihak lawan.Team 7 yang diketuai oleh defend dengan gelaran 'The Offside Trap Man', Arif, pemain midfield dengan gelaran 'The Power Corner' Kuchai dan dua orang pemain dengan gelaran 'The Double Rocket Striker; Nazran dan Nur Arief.Pasukan ini juga berjaya membuat percubaan yang berbahaya di hadapan pintu gol tetapi berjaya diselamatkan goalkepper pihak lawan.Bagi pengkritik sukan Irbid, Usmah mengatakan kemungkinan kedua-dua team ini dinggap anggak favourite team bg musim ini untuk merebut PSL cup apabila kedua-dua pasukan dinggap mempunyai pemai serba serbi lengkap dari semua aspek posisi.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...