Friday 12 November 2010

Maklumat Ringkas PSL 10/11

Hasil daripada sambutan yang sangat menggalakkan daripada semua syabab Permai terhadap Permai Super League(PSL) pada tahun lepas, Jawatankuasa Kerja Sukan dan Kebudayaan di bawah kendalian saudara Basya telah bersutuju untuk menyambung PSL bagi tahun kedua. 

Walaubagaimanapun, beberapa masalah telah/bakal mengekang perjalanan PSL tahun ini, antaranya:

1) keadaan padang Yarmouk yang sedang ditambahbaik namun masih belum ada tanda untuk disiapkan dalam tempoh terdekat
2) bilangan ahli syabab Permai yang berkembang; juga sangat berbakat bermain bola sepak

3) kalendar tahunan MPPM dan Permai yang padat

Setelah perbincangan dengan Basya serta beberapa pemain-pemain bola senior Irbid, telah dipersetujui bahawa PSL pada tahun ini akan tetap dijalankan dengan mengambil langkah2 berikut:

1) perlawanan akan diadakan di padang JUST.

2) pasukan yang bertanding adalah sebanyak 8 pasukan dengan setiap pasukan hanya 18 orang. Maka keseluruhannya adalah 144 orang sahaja. jumlah dihadkan kerana masalah pengangkutan. Sekiranya jumlah yang mendaftar melebihi kuota, kami dengan berat hatinya akan terpaksa memotong nama-nama yang dirasakan akan tidak memberikan komitmen terhadap PSL.

3) setiap pemain perlu membayar 8 dinar(7 dinar bagi pengangkutan, 1 dinar bagi pendaftaran)Duit akan dikutip sebelum season PSL bermula, kegagalan membayar akan mengakibatkan pemain digugurkan. Duit tidak akan dikembalikan sekiranya pemain gagal untuk turun bermain.
4) perlawanan pertama akan bermula selewat2nya 7.30 pagi(atau lebih awal). pasukan yang lewat akan dikira kalah tanpa bertanding. Bas akan bertolak selewat2nya 7.00 pagi(atau lebih awal).lambat akan ditinggalkan.

Peraturan yang ketat ini adalah untuk memastikan semua yang mendaftar adalah yang betul2 komitmen terhadap PSL (bukannya hanya mendaftar tapi tak main).


Kepada yang berminat untuk mendaftar bolehlah menghubungi:
6th year n above ( 2oo5 )- abdullah asyraf
5th year ( 2oo6 ) - anwar ahmad 
4th year ( 2oo7 ) - mukhlis saufian
3rd year ( 2oo8 ) - ibrahim naseer
2nd year ( 2oo9 ) - mahdi ibrahim
1st year (2010) - nur arief (yarmouk), anuar (just)

Tarikh tutup pendaftaran: 15/11/2010 (Isnin)

"Majulah Bola Sepak untuk Irbid"


Pengarah Permai Super League '11

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...