Saturday 31 October 2009

JUST vs Yarmouk - the Pemanas Badan


Sejuk betul pagi smalam. bak kate sorg pemain kunci irbid, "tetibe je masuk winter.tak sedia ape2." pagi2 yg dingin camnih selalunye dimanfaatkan untuk berguling2an di atas katil di bawah selimut tebal eskimo buatan korea. tapi lain citenye utk buat kaki2 bola kat irbid. dah mmg tak sabar nak main utk psl '10. pagi2 lagi dah kumpul kat padang nak sepak2 bola.kate budak JUST diorg mmg tak sabar nak belasah dak Yarmouk.

sampai2 kat padang kol 7.30, tgk ade budak2 Yarmouk je. team JUST boleh dibilang gune satu tangan.sempat jgk temu ramah sorg pemain petahanan Yarmouk, "gua mmg hangin ngan dak JUST nih. kate kol 7.30 bola dah golek, tp tak nampak pun batang hidung lagi," kate beliau sambil menyepak2 bola ke tiang gol ala2 ronaldinho. akhirnya team JUST sampai pukul 8.15.

lpas stretching2 sikit, diorg pun mule laa main. dgn padang yang lembab2 sikit akibat hujan lebat waktu malam, bdk2JUST nampak lebih konfiden memasing bola sesama sendiri. tadin 'messi' selaku penyerang berbisa team JUST mendapat peluang keemasan pada awal permainan. dengan tenang beliau menggelecek beberapa pertahanan Yarmouk dan bila nak melepaskan rembatan je, kaki beliau dikuis oleh pertahanan Yarmouk yang hampir jatuh. PRIITT, mr ref meniupkan wisel kate penalti. pemain Yarmouk tak puas hati maka mempressure ref sehingga ref pening2 lalat. setelah meminta advice dari assistant ref, mr ref membatalkan sepakan penalti dan memberikan sepakan percuma buat team Yarmouk. tadin messi memang tak puas hati dan apabila ditemuramah pada akhir pelawanan dia menegaskan,"there was contact on me," sambil melakonkan kembali aksi ketika beliau terjatuh.

sepanjang masa pertama dilihat team JUST masih memegang bola. dengan bantuan pemain import, en hasmat yang juga pegawai JPA, team JUST tenang mengawal kawasan tengah padang. dilaporkan en hasmat bermain utk team JUST kerana beliau risau akan ditackle pemain2 JUST terutama tajaan JPA yang masih belum masuk2 lagi elaun mereka. di hujung babak pertama, akibat kegagalan team JUST mengclearkan bola sepakan sudut, bola muntah jatuh tepat didepan alan dari team yarmouk yang memvolley kemas tetapi tersasar beberapa inci dari tiang gola kiri team JUST.nuek kelihatan lega.
keseluruhannnya babak pertama berakhir hambar.

Babak kedua bermula dengan kali ini team Yarmouk banyak memegang bola hasil daripada gandingan senior, rahmat dan yash fahri di bahagian tengah padang. team JUST kelihatan hilang punca apabila pemain import mereka en hasmat terpaksa keluar kerana sudah pancit. team JUST redha dengan asakan bertali arus daripada team Yarmouk. sayap kanan team Yarmouk naqeb 'the pres' berjaya meloloskan diri hasil through pass menarik tetapi beliau ditarik dengan jelas oleh marwan 'puyol' di dalam kotak penalti. malang sekali buat naqeb apabila mr ref berada pada blind spot dan tidak dapat melihat insiden.

Kemudian hasil daripada sepakan sudut jafni 'the captain', ijat ikip berjaya melepasi kawalan pemain JUST dan melakukan free header ala2 vermalean dari tengah kotak penalti. walaupun tandukan beliau tidak sederas mana, tetapi cukup utk menewaskan abg ron yg menukar profesion sebagai penjaga gol.

Selepas gol tersebut, rahmat yang merupakan pemain kunci team Yarmouk mendapat dua peluang keemasan. yang pertama hasil sepakan percuma yang mudah ditepis abg ron. dan yang kedua volley menarik juga hasil daripada sepakan sudut tetapi hanya menggegar palang tatkala abg ron hanya mampu melihat.

Di saat akhir perlawanan, hasil daripada counter attack, duang gagal menyempurnakan peluang setelah beliau menerima hantaran silang cantik daripada yop. hanya berdepan pojie selaku keeper Yarmouk, dwang hanya mampu merembat lemah terus ke arah pojie. pojie dengan bosan menangkap bola rutin tersebut.

keputusan akhir : YARMOUK 1 JUST 0

Gambar boleh dilihat dari flickr anwarash

7 comments:

Abdul Munir Sanusi said...

hampagas punya columnist. gua tara tahan bila lu ckp

"dilaporkan en hasmat bermain utk team JUST kerana beliau risau akan ditackle pemain2 JUST terutama tajaan JPA yang masih belum masuk2 lagi elaun mereka"


gua selaku captain just baru tau sebab apa en hasmat nak masuk team gua. tp, best gile en hasmat. sekali body budak, terus budak tu terguling

Abdul Munir Sanusi said...

foto boleh ngok kat flickr anwarashid..match smlm mmg cemas

mar jonas said...

alamak kantoi tarik tangan tuan presiden permai dalam penalty box..minta maaf cik pres hehe


aku rasa pasni sape nak rembat power macam abg rahmat kene makan rest ust deng selalu.yakni dengan konsisten

majdi akhili said...

haha..cuaca mmg cun. subhanallah, serius x rugi ponteng tido.

memang best la laporan dia.

nak main lagi mggu depan!!!!!

Naqeb Sulaiman said...

salam bro mar jonas a.k.a Director PSL '10 :

no hal. sorila juge coz semalam emosi tak stabil..hehe.. lepas ni kite main hepi2, tapi yang trbaik punye. ;)

~anyway, game semalam memang best ~

mujahid_86 said...

aku cadang yg tulis laporan ni bleh apply jd columnist sukan Harian Metro.

Ayat mesti nak gempak. siries best!

budak pertengahan said...

bila masa ko jd kapten just mun?sape yg lantik..ko dh la xhebat..pgg bola pn byk..

haha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...