Sunday 30 October 2011

Matchday 2: Team of The Week

Tuesday 18 October 2011

Matchday 1 Review

 STADIUM JUST

TEAM 9 VS TEAM 10

Stadium JUST menjadi saksi kemenangan yang penuh bermakna bagi Team 9 apabila berjaya mengalahkan Team 10 dengan jaringan 2-0.Team 9 yang dibarisi empat pemain berpengalaman yang tidak asing bagi bolasepak Irbid iaitu Acap Marwan,Poey Nene,Fzal Jongkabe dan Usamah serta dibantu oleh pemain-pemain muda yang lain berjaya mendapatkan gol menerusi sepakan penalti hasil dari sepakan percuma yang terkena tangan pemain Team 10 di dalam kawasan kotak penalti.Acap Marwan dan Poey Nene yang agak fobia dengan sepakan penalti ini membiarkan Usamah mengambil sepakan penalti tersebut.Usamah yang merupakan pemain veteran dan berpengalaman luas dengan tenang menyudahkan sepakan penalti menembusi gawang gol.

Seterusya, gol kedua muncul setelah Khairul Naim berjaya memperdayakan defend team lawan dengan membuat penyudahan bijak berjaya menghasilkan gol dengan keputusan perlawanan berakhir 2-0.Perlawanan juga menyaksikkan pemain sensasi Team 10, Qutad mengalami kecederaan.Menuru\t sumber laporan paramedik,kecederaan Qutad tidak serius dan masih boleh meneruskan perlawanan.

Pengkritik sukan, Buyung menilai bahawa Team 9 perlu mencari pemain defend yang berbakat untuk mengekang serangan pihak lawan dan Team 10 perlu mencari goalkepper yang tangkas untuk mengelakkan gawang gol dari terus dibolosi.

TEAM 4 VS TEAM 7

Perlawanan sengit antara kedua-dua pasukan menyasikkan perlawanan berkesudahan seri tanpa jaringan.Team 4 yang dikatakan favourite team untuk memenangi PSL musim ini turun tanpa pemain bintang utama Dzofir untuk perlawanan bagaimanapun memberi tentangan yang sangat hebat yang diketuai pemain korean brothers Aiman Jo dan Mahdi,pemain defend sensasi Irbid, Kamal Mh dan goalkepper dengan gelaran 'The Hand of Irbid', Abe.Bagi Mahdi yang merupakan tunjang belakang Team 4 berhasrat hanya untuk menguji pemain-pemain beliau pada perlawanan ini apabila beliau memberi peluang kepada bakat muda dengan keluar pada masa separuh masa kedua dan diganti oleh pemain muda pasukan tersebut.

Sudah tentu,Team 7 menarik nafas lega apabila berjaya mengekang asakan pihak lawan.Team 7 yang diketuai oleh defend dengan gelaran 'The Offside Trap Man', Arif, pemain midfield dengan gelaran 'The Power Corner' Kuchai dan dua orang pemain dengan gelaran 'The Double Rocket Striker; Nazran dan Nur Arief.Pasukan ini juga berjaya membuat percubaan yang berbahaya di hadapan pintu gol tetapi berjaya diselamatkan goalkepper pihak lawan.Bagi pengkritik sukan Irbid, Usmah mengatakan kemungkinan kedua-dua team ini dinggap anggak favourite team bg musim ini untuk merebut PSL cup apabila kedua-dua pasukan dinggap mempunyai pemai serba serbi lengkap dari semua aspek posisi.




Matchday 1 Review PSL 2011/2011

STADIUM YARMOUK

TEAM 3 vs TEAM 5

Team 3 yang dibarisi gandingan pemain ala Villa Messi iaitu Zulharis dan Shafiq Muzakkir berjaya mengalahkan team 5 yang dibarisi gandingan veteran Wasiek  dan Yaser serta Hadi Damanhuri yang menjadi tunjang belakang pasukan tersebut dengan jaringan 1-0.

Gol kemenangan itu dihasilkan menerusi jaringan Super Villa Zulharis yang menyambung baik hantaran Super Messi Shafiq yang berjaya mengubah terus keputusan perlawanan yang memihak kepada  Team 3 .Walaubagaimanapun,Team 3 mempunyai peluang yang baik untuk menjadikan perlawanan dengan jaringan 2-0 tetapi nasib tidak memihak kepada pasukan tersebut apabila dari sayap kanan, Pablo Aima apabila percubaan beliau dinafikan barisan pertahanan Team 5.Benarlah kata pengkritik sukan Irbid, Nuar Saad bahawa gandingan Villa dan Messi berjaya menghampakan harapan Team 5 untuk mencuri kemenangan pertama.

TEAM 1 vs TEAM 8

Gol emas dari penyerang Team 1, Garfield Ekal berjaya menjulang beliau sebagai 'man of the match' pada perlawanan yang dianggap 'match of the week' minggu ini dengan menjadikan keputusan perlawanan 3-2
.Sebelum itu, Team 8 berjaya bangkit dari selimut kelenaan apabila ketinggalan 2 gol lantas menyamakan kedudukan dengan berbalas 2 gol.Team 1 yang dibarisi pemain defend yang berpengalaman Ahmad Mustaqim merupakan kapten pasukan tersebut,pemain wing serba boleh ala-ala Amirulhadi yang terkenal dgn set piece menarik, Khair Syafiq Nan dan pemain tidak asing lagi buat peminat bola sepak irbid yang terkenal dengan gelaran 'Power Shot Angry Bird', Wan Camak yang berjaya menghasilkan 2 gol pendahuluan menerusi dari swing shot dan great header beliau.

Namun,perlawanan menjadi tegang seketika apabaila Mare dari Team 1 membuat terjahan keras ke atas penyerang berbakat Team 8, Muhd Hazrul setelah dikatakan agak excited membuat skill ole di atas padang.Mare telah dilayangkan kad kuning oleh refree perlawanan Messi Shafiq akibat terjahan keras yang dilakukan.Perlawanan menjadi semakin menarik apabila 2 percubaaan Mukmin Torres dinafikan oleh tiang gol setelah gerakan one by one dengan goalkeeper Team 1, Angah Faiz.Tidak lama kemudian, perlawanan berubah seketika apabila Team 8 membuat pertaruhan berani mati dengan memasukkan  Anuar Saad ketika separuh masa kedua berjaya membuatkan hasil apabila pemain muda, Khairul Naim dan Muhd Hazrul berjaya menghasilkan 2 gol yang penuh bermakna lantas berjaya menyamakan kedudukan.

Perpatah Melayu ada mengatakan 'nasi sudah menjadi bubur' apabila jaringan minit-minit terakhir Garfield Ekal berjaya menghukum kealpaan defend Team 8 dengan memberi kemenenangan yang penuh bermakna kepada Team 1.Kata pengkritik sukan Irbid, Acad Khalid bahawa Theatre of Dream ke atas Team 1 dan kekalahan Team 8 tidak bermakna diorang 'The Losser' kerana pasukan tersebut mempunyai pemain muda  yang begitu berbakat yang mampu memjadikan Team 8 digeruni untuk musim kali ini.

TEAM 2 vs TEAM 6

Longshot dari percubaan gol ala-ala Gerard dan Lampard oleh pemain Team 2,  Nuar Hussain dan Sabdal berjaya membuat penyokong bola sepak Irbid terdiam seketika apabila menghasilkan 2 gol cantik yang dikatakan 'Goals of The Week' berjaya memberi kemenangan selesa untuk Team 2.Team 2 yang dibarisi pemain bintang, pemain yang mempunyai skill ala-ala Cristiano Ronaldo, Nuar Hussain dan  pemain yang mempunyai mirip muka Safee Sali, Sabdal dan dibantu pemain muda yang berbakat Wan Sabah berjaya memusnahkan harapan palsu Team 6 yang dibarisi pemain bintang iaitu pemain lincah ala-ala Ronaldinho, Nur Afiq,pemain cool di atas padang ala-ala Frank Lampard, Ibrahim Suri.

Walaubagaimanapun, perlawanan terhenti seketika apabila Nur Afiq dikatakan mengalami sesak nafas.Menurut laporan dari paramedik keadaan Nur Afiq masih terkawal dan beliau dibenarkan untuk bermain perlawanan seterusnya .Sementara itu, pemain Team 2, Amir Akhtar tidak dapat meneruskan perlawanan kerana beliau mengalami sedikit kecederaan yang memaksa beliau untuk keluar padang

Benarlah kata pengkritik sukan, Shamsul Falah bahawa  Nuar Hussain dan Sabdal umpama isi dan kuku kerana diorang mempunyai chemistry yang kuat untuk membantu pasukan diorang untuk mengecapi kemenangan pada musim kali ini.

Sunday 16 October 2011

Pengarah: Matchday 1

Terima kasih kepada semua warga PSL untuk hari ini. Mungkin untuk minggu pembukaan, terdapat banyak kelemahan..Insya Allah akan cuba dibaiki pada minggu2 yang seterusnya. Tentang result,video, dll, akan diusahakan secepat mungkin..

Selain itu,terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian untuk semua :

- ketepatan waktu.harap sume boleh menepati masa slpas ini. andai diizinkan,kita akan cuba skali kan 5 match di pdg yarmouk bg memeriahkan lg PSL,tp bergntung kpd disiplin dan masa shbt2 sekalian.

-kebersihan pdg. mohon sume untuk tidak membuang smpah merata2. pihak ajk akan sdiakan plastik/tong smpah slpas ini.

-kehadiran pemain. rmi yg tidak hadir mybbkan sesebuah pasukan tiada pemain simpanan.ayuh sm2 kita ajak kawan2 sepasukan yg lain untuk sm2 memberi komitmen slpas ini

Sebrg komen membina,cdgn bernas, boleh disalurkan kpd ajk2 psl.

tksh :)

Thursday 13 October 2011

Season Kick Off

by: fantaoren..

Bahang kerancakan mula terasa time2 hujung minggu nie sebab bola akan mula bergolek tepat jam 7.00 pagi waktu melayu Irbid, menandakan season baru liga bermula. Dengan masing-masing sibuk menguruskan program dan bergelut study last minit, nampaknya hujung minggu ini hanya akan meriah dengan gelagat para penjual nasik lemak dan air sirap nostalgia berbanding tahun2 lepas.

Berdasarkan senarai pasukan yang baru keluar, short review untuk matchday pertama nampaknya agak sedikit terencat. Yer la, ada team macam gampang, ada team macam ayam masak merah.. Kita tunggu dan tengok team mana yang akan meneruskan tradisi team Phoenix Bangkit dan Legend Kampung yang rata-ratanya dipenuhi player yang mewakili Irbid dan Amman tetapi prestasi hampeh sepanjang season PSL.


Atas kertas, team feveret untuk dominasi liga musim ini tentunya jatuh kepada team 4. Dengan dibarisi ‘Korean Brothers’, abg Afyz warung nyiok, dan David Robert Joseph Dzofir, team nie seakan-akan terlalu mantap hinggakan menjadi bualan penduduk Irbid yang tahu menyepak bola.

Kali ini juga, dengan pertambahan pemain dan promotion dua kelab dari liga bawahan yang tak pernah wujud, mungkin ada team yang akan menjadi pengat pisang seperti Copa Banana pada edisi lepas. Team yang dimaksudkan tidak lain tidak bukan, team 10 yang dikhabarkan berjaya mengikat beberapa nama seperti Super Senior, Abg Rahmat dan pemain kebangsaan Yaman, Syed. Namun permit kerja Abg Rahmat masih diragui dan kemungkinan team 10 terpaksa bermain tanpa beliau selama beberapa minggu.

Team lain rata-ratanya boleh dikatakan seimbang dan tidak ada apa yang boleh direview setakat ini. Antara beberapa nama yang perlu dperhatikan betol2 pada perlawanan pembukaan ini ialah Fieq Eum Messi, Mar-Wan Chamakh, dan Ozil Wasiek.

Sekian melaporkan..

Wednesday 12 October 2011

This Week Announcements.



1- Permai Super League will kick off this week. To view who's your opponent is, please go to Fixtures.

2- Please be aware that some players might moved out during this summer transfer window. Please go to Teams Information to see the changes.

3- Due to the promotion of TWO new clubs into this season's PSL, the matches will kick off at Yarmouk Stadium and JUST Stadium.

4. For the new signings, please report in at your club by Thursday. Contact your team's representatives for info.

5. The summer transfer window is OFFICIALLY CLOSED. No more player will be introduced.

6. Contact PSL Committee for further information.

by: ksn

Monday 10 October 2011

Permai Super League 2011/2012: Sign Up Now!

Assalamualaikum..


Khas untuk mahasiswa Irbid sekalian..

Kaki anda gatal2? Terasa kebas2 dan kejang otot?
Lutut rasa sedikit longgar akibat ketiadaan senaman yg sepatutnya? 
Andai ada,maka inilah ubatnya...

Liga Bola Sepak PERMAI-PERMAI SUPER LEAGUE (PSL)




Pendaftaran PSL kini dibuka, untuk musim baru 2011/2012...

Ayuh tunjukkan bakat anda dengan mendaftar pada wakil2 batch anda seperti yang tertera:

Tahun 1 : Zaim ( Yarmouk ) 077-6157032

Amir Lutfi ( JUST ) 077-7230829

Tahun 2 : Amir Akhtar ( Yarmouk ) 077-6312721

Nur Afiq ( JUST ) 077-7257564

Tahun 3 : Mahdi 077-9431650

Tahun 4 : Syafiq 077-5290676

Tahun 5 & 6 : Husaini 077-6915917

*Sila sertakan nama dan posisi terbaik anda pada wakil ketua batch.


Terima kasih...



Di'copy' dari ucapan pengarah kat FB PSL.

Nota: saja nak kasik home page nie nampak tak berdebu dan bersawang cam kat Petra..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...