Saturday 8 May 2010

PSL dah habis






Pertama sekali PSL committee ingin mengucapkan tahniah pada The Dark Horses (TDH) atas kejayaan mereka menjulang piala PSL yang julung kalinya diadakan. Kepada pasukan lain juga diucapkan tahniah kerana telah mencuba yang terbaik.

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua kapten-kapten dan pemain-pemain PSL secara amnya kerana tanpa komitmen anda PSL ini tak mungkin dapat dijalankan.

Menyedari umur PSL yang masih setahun jagung ini, kami sedar bahawa PSL masih banyak cacat cela dan mampu dipertingkatkan. Sehubungan dengan itu, PSL committee ingin mendapatkan pandangan pemain semua agar prestasi PSL dapat dipertingkat pada tahun-tahun yang akan datang.

Anda boleh berbuat demikian dengan:

1) Komen pada post ini.
2) Emelkan pada permaisuperleague[at]yahoo[dot]com.
3) Nak tulis tangan pun boleh.

Kami menanti komen-komen yang membina dari anda.

untuk gambar2 matchday 10 bolehla klik di sini

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...