Saturday, 21 April 2012
Friday, 20 April 2012
Matchday 9 Preview
Akhirnya minggu yang ditunggu-tunggu oleh peminat sukan bolasepak Irbid sudah pun tiba iaitu minggu dimana Permai Super League(PSL) akan berlabuh tirainya pada hari 21 April 2011 bersamaan hari Sabtu. Sudah pasti minggu ini bakal menemukan persaingan sengit dalam perebuatan gelaran juara PSL kali ini diatara empat pasukan yang sedang menduduki takhta liga pada saingan kali ini. "Big Four Team PSL" ataupun pasukan AC Jamiah Street FC, FC Tiki Taka, Kaki Bangku FC dan Katang FC. AC Jamiah Street FC ketika ini yang sedang mendahului kedudukan liga dengan 15 mata diekori rapat dengan tiga pasukan yang lain terutama pasukan Kaki Bangku FC dan FC Tiki Taka yang berkongsi dengan 14 mata apabila hanya tercicir rapat satu mata sahaja dibelakang pendahulu liga kali ini.
Namun begitu, tidak lupa juga kepada pasukan yang mempunyai peluang untuk memenangi kejuaraan pada kali ini sekiranya pasukan tiga teratas tidak mengutip mata penuh pada perlawanan masing-masing, kemungkinan juara PSL pada kali ini aku menjadi milik buat pasukan Katang FC apabila berada di kedudukan keempat liga dengan 13 mata. "Siapa sangka juara PSL kali ini masih terbuka untuk keempat-empat pasukan in dan memang peluang itu masih terbuka" kata Pengarah PSL Mustaqim. Bak kata pepatah bolasepak "Bola itu bulat" kerana atas kertas membawa keputusan lain tetapi atas padang kemungkinan akan membawa keputusan yang sebaliknya. Saingan PSL minggu terakhir kali ini juga turut disahut enam pasukan yang lain Foe Fighter FC, Buccaneers FC, Olympique Irbide, Red Horet FC, Lala Basel FC dan Jufra FC dalam usaha memperbaiki kedudukan yang terbaik di persada liga PSL kali ini. Bagi mereka kalah menang adat pertandingan dan apa yang penting bagi mereka ialah semangat kesukanan yang padu dan jitu. Berita gembira untuk semua peminat sukan bolasepak Irbid apabila kesemua perlawanan akan diadakan di padang Yarmouk bagi memenuhi permintaan peminat semua.
Oleh itu, dijemput peminat-peminat bolasepak Irbid ataupun ahli-ahli PERMAI sendiri datang untuk menyaksikkan perlawanan terakhir PSL bagi memberi sokongan kepada pasukan-pasukan yang bertanding untuk merebut gelaran juara PSL pada kali ini.
Namun begitu, tidak lupa juga kepada pasukan yang mempunyai peluang untuk memenangi kejuaraan pada kali ini sekiranya pasukan tiga teratas tidak mengutip mata penuh pada perlawanan masing-masing, kemungkinan juara PSL pada kali ini aku menjadi milik buat pasukan Katang FC apabila berada di kedudukan keempat liga dengan 13 mata. "Siapa sangka juara PSL kali ini masih terbuka untuk keempat-empat pasukan in dan memang peluang itu masih terbuka" kata Pengarah PSL Mustaqim. Bak kata pepatah bolasepak "Bola itu bulat" kerana atas kertas membawa keputusan lain tetapi atas padang kemungkinan akan membawa keputusan yang sebaliknya. Saingan PSL minggu terakhir kali ini juga turut disahut enam pasukan yang lain Foe Fighter FC, Buccaneers FC, Olympique Irbide, Red Horet FC, Lala Basel FC dan Jufra FC dalam usaha memperbaiki kedudukan yang terbaik di persada liga PSL kali ini. Bagi mereka kalah menang adat pertandingan dan apa yang penting bagi mereka ialah semangat kesukanan yang padu dan jitu. Berita gembira untuk semua peminat sukan bolasepak Irbid apabila kesemua perlawanan akan diadakan di padang Yarmouk bagi memenuhi permintaan peminat semua.
Oleh itu, dijemput peminat-peminat bolasepak Irbid ataupun ahli-ahli PERMAI sendiri datang untuk menyaksikkan perlawanan terakhir PSL bagi memberi sokongan kepada pasukan-pasukan yang bertanding untuk merebut gelaran juara PSL pada kali ini.
KATANG FC VS OLMPIQUE IRBIDE
Keputusan di atas kertas seperti memihak kepada Katang FC untuk memenangi perlawanan kali ini berdasarkan prestasi pasukan mereka yang mengalahkan FC Tika Taka pada perlawanan yang lepas dengan jaringan 5-1. Namun di atas padang sudah pasti akan membawa keputusan yang berlainan.Olympique Irbide sudah pasti akan memberi saingan yang sengit dengan menyandarkan yang sepenuhnya kepada gandingan Qotad, Zahin dan Mayol(pemain import Brunei) untuk memburu kemenangan seterusnya membaiki kedudukan mereka di persada liga. Sudah pastilah Katang FC tidak memberi kemenangan yang mudah kepada pasukan lawan apabila mereka yang mempunyai harapan untuk merangkul kejuaraan PSL pada kali ini ingin memburu kemenangan yang bergaya dengan harapan sepenuhnya disandarkan kepada playmaker Katang FC, Afiq yang juga bakal memenangi kasut emas PSL kerana beliau seperti dilihat merupakan pejaring terbanyak pada musim ini dan berada dalam prestasi yang tebaik untuk membantu pasukkanya memburu mata kemenangan bagi merangkul kejuaraan. Siapa sangka gol corner Afiq pada sukan KARISMA yang lepas berulang kembali pada perlawanan kali ini. Bak kata Mayyur "keputusan kemenangan terletak tahap mana semangat kerohanian di antara kedua-dua pasukan".
FC TIKI TAKA vs KAKI BANGKU FC
Apabila buku bertemu ruas sudah pasti akan menjanjikan satu perlawanan yang menarik bakal ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan iaitu FC Tiki Taka akan berentap dengan pasukan Kaki Bangku FC untuk merebut kejuaraan liga PSL pada kali ini. Perlawanan pertumpuan kali ini dianggap satu perlawanan penting kerana kedua-dua pasukan ini akan memberi saingan yang hebat kepada pendahulu liga AC Jamiah Street FC. Kaki Bangku FC yang digelar "unbeaten team" apabila mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang musim PSL pada kali ini. namun mampukah mereka mengekalkan rekod itu sehingga perlawanan terakhir pada perlawanan kali ini.? FC Tiki Taka yang menerima tamparan yang hebat pada perlawanan yang lepas apabila dibelasah teruk oleh Katang FC dengan jaringan 5-1 masih mampukah konsisten dengan permainan kemas mereka,dapatkan merobek gawang pasukan lawan dan memadam rekod tanpa kalah buat pasukan lawan. Sudah pasti Nuar Hussain merupakan kapten pasukan Kaki Bangku FC ada strategi sendiri untuk perlawanan kali ini bagi merangkul kejuaraan dan juga Fieq Eum yang dilihat sudah memasang cita-cita menjulang piala PSL pada kali ini dengan meletakkan strategi terbaik yang ingin digunakan untuk ahli pasukannya. Bak kata kapten kedua-dua pasukan "Dekat luar kita member tetapi atas padang kita musuh kali ini".
AC JAMIAH STREET FC VS FOE FIGHTER FC
Buat peminat pasukan bolasepak Irbid pertemuan di antara pasukan AC Jamiah Street FC menentang pasukan Foe Fighter FC merupakan perlawanan tumpuan untuk merangkul kejuaraan PSL pada kali ini. Kejuaraan PSL sudah pasti menjadi milik sepenuhnya buat pasukan AC Jamiah Street FC sekirannya mereka berjaya mencatat kemenangan yang bergaya atas pasukan Foe Fighter FC. Namun keputusan itu dilihat agak mustahil berdasarkan statistik perlawanan AC Jamiah Street FC apabila menampilkan prestasi yang tidak menentu. Menurut ahli pasukan AC Jamiah Street FC, Syahmi prestasi pasukannya merudum sejak kebelakangan ini mungkin disebabkan kecederaan yang dialamai beberapa pemain mereka. Pasukan Foe Fighter FC juga mempunyai harapan yang tersendiri untuk mencatat kemenangan ke atas pasukan pendahulu liga untuk mengubah kedudukan mereka di persada liga. Menurut kapten pasukan Foe Fighter FC, Mahdi walaupun pasukannya kelihatan tidak mempunyai peluang untuk merangkul kejuaraan pada kali ini namun komitmen ahli pasukannya sepanjang musim kali ini sudah cukup membuat beliau berpuas hati. Jadi berjayakah AC Jamiah Street FC menghadiahkan piala kejuaraan PSL buat peminat-peminat pasukannya ataupun kita dapat lihat pasukan Foe Fighter FC berjaya memadamkan hasrat pasukan lawan untuk merangkul kejuaraan pada kali ini. Bak kata jkk sukan PERMAI, Amir IKIP "kita mahukan pemainan yang bersih dari kedua-dua pasukan kerana kita tidah mahu berlaku berlaku sindiket rasuah diantara kedua-dua pasukan untuk merangkul kejuaraan PSL kali ini,"
BUCCANEERS FC VS RED HORNET FC
Buccaneers FC menentang pasukan Red Hornet FC menjanjikan perlawanan yang epic diantara-antara kedua-kedua pasukan. Berdasarkan statistik PSL yang dibuat prestasi di antara kedua-dua pasukan agak seimbang. Buccaneers FC sudah pasti akan meletakkan gandingan pemain terbaik. Hasrol dan Zaem untuk meletakkan kemenangan ke atas pasukan Red Hornet FC. Pasukan Red Hornet FC dilihat tidak kurang hebatnya sudah pasti akan memberi saingan yang hebat dengan meletakkan harapan kepada sandaran utama iaitu kapten pasukan mereka, Arip dengan mengekang serangan bertalu-talu yang dibuat oleh pasukan lawan. Matlamat kedua-dua pasukan kelihatan sama kerana masing-masing berhasrat untuk membaiki kedudukan pasukan di persada liga. Bak kata Aima "As football players you have all the experience on the field.You don't have the experience off the field".
JUFRA' FC VS LALA BASEL FC
Perlawanan terakhir ataupun perlawanan penutup sekaligus menjadi simbolik sebagai berlabuhnya tirai musim PSL sesi 2011/2012 menemukan di antara pasukan Jufra' FC menentang pasukan Lala Basel FC. Berdasarkan perlawanan-perlawanan sebelum ini prestasi pasukan Jufra' FC sering kali dilihat berjaya mencatat kemenangan sekiranya berjaya menurunkan gandingan Poey,Peja,Usamah dan Acap Marwan kerana kelibat mereka sering kali dilihat berjaya mengucar-ngacirkan pertawanan pihak lawan. Jadi sudah pasti memberi tekanan yang hebat kepada pasukan Lala Basel FC untuk mencatat kemenagan pada perlawanan kali ini. Pasukan Lala Basel FC yang meletakkan harapan kepada Baem Sidiqqi untuk yang bertindak sebagai defensive midfielder untuk mengekang asakan lawa. Sudah pasti pertemuan kedua-dua pasukan menampilkan aksi yang seimbang sesuai dengan matlamat yang sama bagi memperbaiki kedudukan di liga PSL pada perlawanan kali ini. Bak kate Mare "Football is not just about scoring goals,it's about winning"
Wednesday, 28 March 2012
Preview Matchday 8.
1. AC JAMIAH VS JUFRA' FC
Tampil garang pada perlawanan lepas, JUFRA FC dijangka mengekalkan prestasi memberansangkan pada perlawanan kali ini. Kemenangan 2-1 pada perlawanan lepas, nyata membangkitkan semangat para pemain JUFRA FC.
Usamah [pen] -JFC
Poey [Rozaili] -JFC
Sementara itu, AC JAMIAH yang seri pada perlawanan lepas, berkemungkinan besar tergugat kedudukannya di persada liga PSL. Namun, semangat yang ada pada pemain AC JAMIAH tidak harus dipandang rendah dan dipandang enteng kerana mereka mampu bangkit dan memberi kejutan.
2. KAKI BANGKU FC VS FOE FIGHTER FC
Sebelum ini rekod permainan tanpa kalah dimiliki oleh kedua-dua pasukan ini, tapi malangnya, pada perlawanan lepas, maruah FOE FIGHTER FC dicalar dengan kekalahan mereka. Namun, sekali kekalahan bukan bermakna mereka lemah selama-lamanya, FOE FIGHTER FC pasti akan tampil dengan keseblasan utama mereka pada perlawanan kali ini.
"Saya rasa Foe Fighter kuat lagi nak menang season ni." - Die hard fan
KAKI BANGKU FC , tiada kata yang dapat menerangkan semangat berpasukan mereka. Rekod tanpa kalah yang mereka kekalkan sampai ke hari ini adalah buktinya. Komitmen, disiplin dan kerja berpasukan adalah rahsia kejayaan mereka sampai kesaat ini. Pada perlawanan ke-8 ini, KAKI BANGKU FC pasti akan mencari strategi terbaik demi mempertahankan maruah mereka selaku satu-satunya paukan yang masih mengekalkan rekod tanpa kalah.
Hanafi -KBFC
3. BUCCANEERS FC VS LALA BASEL FC
Apa sudah jadi? Itu komentar salah seorang peminat BUCCANERS FC apabila melihat pasukan itu tewas pada perlawanan lepas. Rekod tiga kali kemenangan berturut-turut sebelum ini tak mampu mereka pertahankan. Pemain BUCCANERS FC diharap dapat kembali mempamerkan aksi garang yang sering mereka tonjolkan sebelum ini kepada peminat setia mereka.
"Air enam pasti boleh !" - Mior
Zaim [Mukmin] -BFC
LALA BASEL FC, tampil dengan baju hijau yang
Farisul [Hatim] -LBFC
"Chaiyok Baem. Work hard sikit !" - Anonymous
4. RED HORNET FC VS OLYMPIQUE IRBIDE
Bangkit! itu lah kalimat keramat yang diteriakkan oleh penyokong RED HORNET FC setelah melihat aksi longlai mereka pada perlawanan yang sudah. Kalimat keramat itu sekali gus menunjukkan peminat setia mereka masih lagi menaruh harapan tinggi untuk melihat pasukan mereka kembali menyinar dalam liga PSL. Diharapan perlawanan yang berbaki dua perlawanan ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh pasukan ini demi penyokong mereka. Gambate!
Berada di tangga tercorot liga, OLYMPIQUE IRBIDE tampak sudah tertutup peluang mereka untuk menggungguli tangga empat teratas liga apalagi menjulang piala liga. Namun, ada sesuatu yang harus kita puji pada pasukan ini, semangat mereka untuk tak mengaku kalah. Semangat itulah yang tidak ada pada sebahagian pasukan lain. Moga, pasukan ini dapat meneruskan lagi semangat dan usaha gigih mereka dalam perlawanan yang berbaki ini, dan katakanlah pada dunia, kami takkan menyerah walau terpaksa bergadai darah!
Acap [Mayol] -OIFC
5. FC TIKI TAKA VS KATANG
Berkongsi mata dengan pasukan AC JAMIAH, pasukan FC TIKI TAKA pasti akan tampil ganas minggu ini demi menjarakkan kedudukan mata dengan musuh ketat mereka itu. Kehebatan FC TIKI TAKA tak dapat dipersoalkan lagi. Kemenangan pada perlawana lepas sudah cukup membuktikan betapa pasukan ini harus dgeruni kerana semangat dan kerakusan mereka untuk mendapatkan kejuaraan.
Zulharis Ghazali [Ikmal] -TTFC
KATANG FC, pasukan yang telah merobek dan mencalar maruah FOE FIGHTER FC pada perawanan lepas, dijangka akan lebih menyerlah pada perlawanan kali ini. Seindah namanya, KATANG, begitu jugalah corak permainan mereka. Sentiasa tampil dengan gaya permainan baru setiap minggu, pasukan ini pasti akan memberi mimpi ngeri pada pihat lawan, namun tidak dinafikan, disana adanya kelemahan yang besar pada pasukan mereka.
Nur Afiq -KFC
Venue boleh rujuk poster di atas ^^
Labels:
preview match
Wednesday, 15 February 2012
Preview Matchday 7.
Hapdett terkini !!
Sebelum itu, pihak admin blog PSL ini ingin memohon kemaafan atas segala keterlawatan meng-hapdet apa yang patut di dalam blog ini. Maklumlah, manusia banyak kekurangannya. Moga untuk yang akan datang, kami akan lebih berusaha untuk lebih kerap meng-hapdet informasi terkini sukan bola sepak kita.
Informasi untuk perlawanan pada minggu ini :
Hari : Sabtu (18/2/2012)Tempat: Stadium Madinah Hassan,Irbid.
1. OLYMPIQUE IRBIDE vs LALA LOCO FC
Berbekalkan dua seri dan empat kekalahan sebelum ini meletakkan pasukan Olympique Irbide di tangga tercorot liga. Dari segi pemerhatian pemerhati bola sepak PSL, pasukan ini telah melakukan banyak perubahan dari segi corak persembahan permainan sejak dua perlawanan terakhir ini. Walaupun tewas kepada pasukan Buccaneers pada perlawanan yang lalu, Olympique Irbide harus mendapatkan kemenangan ke atas pasukan Lala Loco jika mahu meneruskan persaingan untuk keluar dari dasar carta liga. Antara pemain yang tampak menonjol seperti jentera serangan mereka, Faiz Ali dan Qotaddah, pertahanan, Naim dan Ezam mampu mengukuhkan pasukan ini.
Lala Loco, pasukan di tangga ke-8 liga masih mampu naik ke kelompok empat pasukan teratas liga. Dengan satu kemenangan, tiga kali seri dan dua kekalahan untuk enam perlawanan sebelum ini berjaya mengumpul 6 mata dan berkongsi kedudukan dengan pasukan Jufra yang mempunyai kelebihan jaringan. Pemain-pemain tahun 1, seperti Farisul Islam dan Baem dilihat mampu menyerlah pada perlawanan minggu ini atas aksi konsisten mereka. Pemain berbahaya mereka, Wasiek harus diberi kawalan ketat oleh pasukan Olympique Irbide.
2. RED HORNET FC vs FC TIKI TAKA
Red Hornet bakal berdepan situasi sukar kerana bertemu dengan pasukan kedua teratas liga, FC Tiki Taka. Hanya mampu seri empat perlawanan menyebabkan pasukan ini terperuk di tangga ke-9 liga. Permainan pasukan ini nampak menyengat dengan kelincahan Ikmal Hakim dan kepantasan Miswar di bahagian serangan. Tidak mampu mengomen banyak kerana rekod permainan pasukan ini telah menghilang dari memori ingatan admin. Moga pasukan Red Hornet mampu membawa pulang tiga mata penuh pada perlawanan minggu ini.
Woww ! Pasukan yang tidak asing lagi di bumi Irbid ini, FC Tika Taka. Mempunyai ramai pemain yang bertaraf bintang dan licik. Mempunyai hantaran dan larian-larian yang pantas dari kiri ke kanan padang. Mampu mengucar kacirkan benteng pertahanan lawan. Pemain seperti Messi tingginya, Syafiq IKIP, yang sering menjadi target man untuk menjaringkan gol sambil dibantu oleh Aima di bahagian sayap dan Syamer di bahagian tengah harus diberi perhatian dengan sedalamnya. Maka diharapkan penyokong pasukan Tiki Taka dapat hadir ke stadium bagi menepuk tangan sekuatnya untuk pasukan anda.
3. FOE FIGHTER FC vs KATANG FC
Rekod tanpa kalah ! Itu yang mereka buktikan kepada peminat setia. Dua kemenangan dan empat kali seri menunjukkan pasukan ini sangat liat untuk ditewaskan. Menjadikan jersi Barcelona sebagai identiti dengan warna hitam yang tampak kemas seringkali menimbulkan ketidakpuas-hatian peminat Real Madrid. "Trio Tak Menjadi" iaitu Mursyid, Iman dan Nurdin diseru peminat fanatik untuk lebih serasi untuk perlawanan minggu ini manakala "Trio Menjadi" iaitu Aiman Jo, Taufik dan Farhan Najman diseru untuk meneruskan aksi konsisten kalian. Moga rekod tanpa kalah itu mampu dipertahankan.
Tegap, tinggi, sedap. Itu antara ungkapan yang menjadi simbolik pasukan ini. Dibarisi pemain tinggi lampai dikatakan mempunyai kelebihan 'physcology' terhadap pasukan lawan. Penyerang sensasi mereka, Nur Afiq, menjadi sandaran utama utama untuk menghasilkan jaringan gol sambil dibantu oleh Hazim dan juga Hannan. Prestasi pasukan ini dilihat semakin meningkat dari masa ke semasa. Turut diperkatakan umum tentang barisan pertahanan yang mantap menjadi faktor untuk kemenangan pasukan Katang ini. Jom turun stadium pada Sabtu ini untuk melihat ke-katang-ngan pemain-pemain mereka.
4. AC JAMIAH STREET vs KAKI BANGKU FC
Mengungguli takhta teratas liga, dengan tigabelas mata bersih, AC JAMIAH STREET djangka tampil garang minggu ini demi mempertahankan kedudukan mereka selaku pendahulu liga.Haikal, pemain bertubuh kecil, adalah antara pemain yang dilihat berpotensi untuk menggerunkan pihak lawan. Mustaqim, yang berkemungkinan tidak turun pada perlawanan kali ini, akibat kecederaan di kaki dilihat akan mencacatkan sedikit corak permainan AC JAMIAH STREET. Nu'man Hani dan Hakim juga dilhat sebagai pemain yang berbisa dan mampu mencipta kejutan demi kejutan.
Mengekalkan rekod tanpa kalah, KAKI BANGKU FC dijangka memberikan saingan hebat buat AC JAMIAH STREET. Tampil bergaya dalam setiap perlawanan, KAKI BANGKU FC bukanlah sebuah kumpulan yang mampu dipandang enteng dan dipandang rendah. Kapten pasukan, Nuar Hussain, adalah antara pemain KAKI BANGKU FC yang tak harus dipandang sebelah mata. Di samping itu, kehadiran Sabdal, Ridhwan dan Amir Akhtar menambahkan lagi sengat pasukan ini. Kesimpulannya, KAKI BANGKU FC bukanlah pasukan yang mudah untuk dikalahkan dan memerlukan perancangan yang hebat untuk mengalahkan mereka. Namun bagi setiap pasukan pasti ada kelemahan tersendiri.
5. BUCCANEERS FC vs JUFRA’ FC
Tampil bergaya pada perlawanan lepas, dengan kemenangan 2-0 ke atas OLYMPIQUE IRBIDE telah meletakkan pasukan ini di tangga ke lima liga. Pasukan ini dijangka memberi kejutan bagi pasukan lawan menyaingi takhta liga.Penyerang sensasi mereka, Hasrul, turut dibantu oleh Zaem, mungkin akan meningkatkan corak perlawanan untuk menghasilkan jaringan disamping mengucar-kacirkan benteng pertahanan lawan. Pemain yang bermotivasi tinggi, positif, dan sering menimbulakan kontroversi, Anuar Saad, bakal memberikan serangan psikologi keatas pihak musuh. Penjaga gawang Buccaneers, Ibrahim Mahadi, turut digesa untuk cergas bagi mengelakkan gawang dibolosi.
Sekali pandang logo pasukan ini kelihatan seperti loga pasukan bolasepak Jepun, tapi sayang sekali kerana ianya adalah pasukan Jufra. Pasukan di tangga ke-7 ini mengutip satu kemenangan, dua kali seri, dan tiga kali kekalahan dilihat sukar untuk merebut kejuaraan musim ini, tetapi bola itu bulat dan sebarang kemungkinan boleh berlaku. Pemain bintang pasukan Jufra' seperti Usamah, Poey dan Cuib Jun Pyo diseru peminat tempatan untuk menampilkan aksi mantap menentang pasukan Buccaneers minggu ini. Pasukan Buccaneers harus berhati-hati dengan tendangan percuma Cuib Jun Pyo yang dikatakan mampu menghasilkan jaringan gol jika kealpaan pasukan lawan.
Dengan itu, pihak pengurusan PSL berharap semua warga peminat bola sepak Irbid dapat turun beramai-ramai ke stadium pada Sabtu ini. Kita bersama-sama memeriahkan semangat kesukanan yang jitu lagi tinggi.
Sekian.
Laporan LIVE oleh: Mior Syabab dan Ahmad Mursyid.
"Bila lagi nak tengok rakyat Malaysia beraksi di luar negara. Turun jangan tak turun !!"
Labels:
preview match
Wednesday, 8 February 2012
Who Are The Top Four?
After a long holiday in the office, we proudly bring you the latest updates for all the fans. The long awaited league standings is now available. As predicted at the kick start of the season, the top four spot of the PERMAI Super League are dominated by the favourites to lift the trophy.
With three more games to play and nine points to bag in, AC Jamiah Street, FC Tiki Taka, Foe Fighter FC, and Kaki Bangku FC definitely will try their best to pass the hurdles and secure the top position of this season of the league. The upcoming fixtures will not be easy as the top four will be competing among themselves to improve their position in the league.
Wednesday, 21 December 2011
Preview Matchday 6.
FC TIKI TAKA VS JUFRA' FC
Selepas melihat kehebatan pasukan FC TIKA TAKA minggu lalu yang berjaya menumbangkan legasi kemenangan AC JAMIAH, para peminat harus memandang FC TIKA TAKA sebagai pasukan yang digeruni dalam perebutan takhta liga. Dengan permainan yang meyakinkan pada minggu lalu tidak mustahil untuk pasukan ini meneruskan kemenangan bergaya mereka. Gandingan Syafiq IKIP dan Aima dilihat mampu merobek gawang JUFRA' FC.
Namun begitu JUFRA' FC bukanlah calang-calang pasukan. Mereka mempunya Usamah dan Poey yang bisa mengucar-kacirkan pertahanan lawan. Walaupun kekalahan tipis pada minggu lalu, ia adalah satu persembahan yang 'awesome' kerana berjaya menjarakkan defisit gol. Jadi, kita lihat kemampuan dua pasukan ini di venueYarmouk Stadium. Diharapkan penyokongnya tampil hadir memberikan sokongan padu.
AC JAMIAH VS KATANG FC
Sungguh mengejut seluruh Irbid apabila pendahulu liga, AC JAMIAH tumpas kepada FC TIKI TAKA minggu lalu. Dimana silapnya? Namun ia telah memberikan kelegaan pasukan lain dalam saingan merebut kejuaraan liga musim ini. AC JAMIAH yang dibarisi pemain berpengalaman seperti Ajis, Kadiak dan pemain sensasi Mare. Strategi dan taktikal telah disusun rapi bagi beradu tenaga dengan pasukan KATANG FC.
Sebut sahaja KATANG FC, semua peminat tempatan mengenali pasukan ini. Ia dilihat sebagai pasukan yang mula meningkat naik. Dibarisi pemain berkaliber seperti Nur Afiq, Hanan , Farhan dan ketua pasukan, Hazim yang mempunyai larian-larian pantas bagi menyambut hantaran jauh pertahanan harus diberi perhatian. Perlawanan kali ini mungkin dianggap sebagai perlawanan tumpuan untuk minggu ini. Kita tunggu dan lihat kesudahannya secara live di Yarmouk Stadium.
OLYMPIQUE IRBIDE VS BUCCANEERS FC
Keputusan seri OLYMPIQUE IRBIDE pada minggu lepas mungkin suatu kelegaan bagi pasukan ini. Kita dapat lihat peningkatan yang dilakukan oleh pasukan OLYMPIQUE IRBIDE dari segi corak permainan. Barisan pertahanan yang kental dan tengah yang sentiasa mengekang asakan lawan dapat dilihat pada perlawanan lepas. Pemain import dari Brunei dan penyerang mereka Faiz Ali diharapkan mampu menggalas cabaran untuk perlawanan Jumaat ini bagi menentang pasukan pilihan, BUCCANEERS FC.
Prestasi BUCCANEERS FC kini tampak naik turun. Pasukan ini masih mendahagakan kemenangan dengan dibarisi pemain bertaraf bintang seperti Zaem, Hasrul dan pertahanan kental, Firdy. Kekalahan 0-1 pada minggu lepas diharap mampu dijadikan pendorong untuk pasukan ini terus maju. Pertukaran taktikal secara besar-besaran mungkin akan dilakukan dan penyerang sensasinya, Hasrul berazam ingin merobek gawang lawan sekerap mungkin. Kalian boleh saksikan perlawanan ini secara live di Yarmouk Stadium sambil menikmati hidangan yang disediakan.
FOE FIGHTER FC VS LALA LOCO FC
Trademark jersey hitam FOE FIGHTER FC kini menjadi gilaan peminat bolasepak tempatan. Tampil garang minggu lepas dengan mengikat Olympique Irbide satu sama walaupun pada awalnya seakan-akan memperoleh kemenangan. Hantaran pendek yang kemas oleh pasukan ini mampu melancarkan lagi serangan bagi memperoleh jaringan. Penyerang berambut panjang, Mursyid seringkali berjaya memperoleh peluang menjaringkan gol. Dan gerakan pantas pemain berjersi 33 harus diberi perhatian.
LALA LOCO FC nama yang tidak harus dipandang enteng. Mereka bermula baik di awal musim, namun prestasi kian sekata dengan keputusan seri dalam dua perlawanan terakhir. Penyerang mereka, Wasiek nampak memberi banyak percubaan ketika perlawanan lepas. Farisul Islam dan Yaser juga harus diberi perhatian kerana mereka mampu melakukan kejutan kepada pasukan lawan. Walaubagaimanapun segala keputusan berdasarkan prestasi dan perancangan taktikal pasukan masing-masing. Para peminat boleh datang ke JUST Stadium bagi menyaksikan perlawanan ini. Transport sendiri-sendiri.
KAKI BANGKU FC VS RED HORNET FC
Rekod bersih tanpa kalah pasukan BANGKU FC menunjukkan pasukan ini sangat gah untuk memenangi perlawanan minggu ini. Pasukan ini digeruni lawan dengan permainan pantas ketika menyerang. Ridzuan, Sabdal dan Nuar Hussain merupakan kunci serangan pasukan ini. Gerakan dari kanan ke kiri mampu mengelirukan pasukan lawan. Jaringan kapten, Nuar Hussain pada minggu lepas masih segar dalam ingatan pasukan bagi "membangku-kan" RED HORNET FC.
Pasukan Lebah atau lebih dikenali sebagai RED HORNET FC masih dalam cubaan memburu kemenangan. Kuchai dan Nazran diharapkan mampu melakukan sesuatu untuk pasukan ini bagi memperoleh mata penuh untuk minggu ini bagi mengelakkan dari zon penyingkiran. Semangat dan sokongan padu peminat amatlah ditagih kerana kesepian penyokong yang lebih suka memerap di rumah pada hari Jumaat yang mulia. Perlawanan ini juga akan berlangsung secara Live di JUST Stadium. Sebarang Live Streaming tidak akan dilayan.
Sekian, Preview Match ini dilaporkan oleh Mior Syabab.
"Majulah Sukan untuk PERMAI"
Labels:
preview match
Tuesday, 20 December 2011
Review Matchday 5
FC Tiki Taka mengaum menundukkan Ac Jamiah Street FC.
FC Tiki Taka mengaum menundukkan Ac Jamiah Street FC.Itulah ungkapan yang terungkai setelah perlawanan ke-5 liga PSL berlangsung pada minggu lepas.Perlawanan yang berlangsung di Stadium Just menemukan dua pasukan terkuat dan dianggap perlawanan El Clasico bagi segelintir peminat sukan Irbid apabila pasukan yang berada di takhta liga Ac Jamiah Street FC menentang pasukan yang berada di tangga kedua liga PSL iaitu pasukan FC Tiki Taka.Pasukan FC Tiki Taka yang menurunkan kesebelasan utama pada perlawanan tersebut terutama di bahagian serangan apabila menurunkan playmaker pasukan tersebut, Syafiq IKIP, penyerang pasukan, Aima dan satu strategi yang menarik dibuat pasukan tersebut apabila meletakkan pemainnya, Ikhram di posisi penyerang apabila sebelum ini beliau sering kali diletakkan di bahagian bek kiri pasukan.Gabungan ketiga tiga pemain ini di bahagian serangan berhasil apabila seringkali melakukan gerakan berbahaya di hadapan pintu gol pasukan lawan.Keadaan ini sudah tentulah membuat barisan pertahanan pasukan Ac Jamiah Street FC yang dibarisi Syahmi,Loqman,Nazirul Mubin dan kembalinya pemain pertahanan tengah berpengalaman, Kadiak apabila perlawanan sebelum itu tidak dapat diturunkan beada dalam keadaan tidak selesa di atas padang apabila dipaksa berkeja keras untuk menghalang segala gerakan terutama gerakan berbahaya yang dibuat oleh pemain pasukan FC Tiki Taka, Syafiq IKIP.Ac Jamiah Street FC yang menggunakan taktik baru dengan meletakkan kapten pasukan, Mustaqim dibahagian defensive midfielder akhirnya membawa padah apabila gol pertama berjaya dihasilkan hasil gerakan Syafiq Ikip menghantar satu hantaran yang baik kepada penyerang FC Tiki Taka, Aima menyudahkan gerakan tersebut ke arah pintu gol berjaya menghasilkan gol setelah terkena sedikit kaki pemain wng back Ac Jamiah Street FC, Nazirul.Gol pertama FC Tiki Taka membuat pasukan tersebut bersemangat untuk menambah bilangan gol dan berhajat besar untuk mencatat kemenangan besar ke atas pasukan Ac Jamiah Street FC.Namun harapan pasukan FC Tiki Taka untuk mencatat kemenangan besar nampak tidah semudah begitu setelah penjaga gol sensasi pasukan AC Jamiah Street FC, Ajis seringkali kali menafikan beberapa percubaan berbahaya oleh pasukan lawan.Kehebatan Ajis terserlah apabila berjaya bertindak dengan pantas untuk menepis tandukan Ikram hasil sepakan sudut pasukan lawan yang diambil oleh Syafiq dan satu menafikan satu percubaan dari gerakan solo Syafiq setelah cuba untuk melakukan placing di hadapan pintu gol.Menurut sumber pemain pasukan FC Tiki Taka Syafiq IKIP dikatakan hendak celebrate habis habisan jikalau gerakan tersebut berjaya menghasilkan gol tetapi kecewa kerana percubaan tersebut berjaya dinafikan oleh Ajis.Kekecewaan Syafiq IKIP tidak lama apabila berjaya menjaringkan gol kedua untuk pasukan FC Tiki Taka setelah berjaya menghukum kesilapan pertahanan lawan berjaya memberi pasukannya kemenangan yang selesa ke atas pasukan AC Jamiah Street FC.Sehingga wisel penamat, FC Tiki Taka berjaya melenyapkan ego pasukan Ac Jamiah Street FC dengan kemenangan 2-0.
Man of The Match: Syafiq IKIP(FC Tiki Taka)
FC Tiki Taka mengaum menundukkan Ac Jamiah Street FC.Itulah ungkapan yang terungkai setelah perlawanan ke-5 liga PSL berlangsung pada minggu lepas.Perlawanan yang berlangsung di Stadium Just menemukan dua pasukan terkuat dan dianggap perlawanan El Clasico bagi segelintir peminat sukan Irbid apabila pasukan yang berada di takhta liga Ac Jamiah Street FC menentang pasukan yang berada di tangga kedua liga PSL iaitu pasukan FC Tiki Taka.Pasukan FC Tiki Taka yang menurunkan kesebelasan utama pada perlawanan tersebut terutama di bahagian serangan apabila menurunkan playmaker pasukan tersebut, Syafiq IKIP, penyerang pasukan, Aima dan satu strategi yang menarik dibuat pasukan tersebut apabila meletakkan pemainnya, Ikhram di posisi penyerang apabila sebelum ini beliau sering kali diletakkan di bahagian bek kiri pasukan.Gabungan ketiga tiga pemain ini di bahagian serangan berhasil apabila seringkali melakukan gerakan berbahaya di hadapan pintu gol pasukan lawan.Keadaan ini sudah tentulah membuat barisan pertahanan pasukan Ac Jamiah Street FC yang dibarisi Syahmi,Loqman,Nazirul Mubin dan kembalinya pemain pertahanan tengah berpengalaman, Kadiak apabila perlawanan sebelum itu tidak dapat diturunkan beada dalam keadaan tidak selesa di atas padang apabila dipaksa berkeja keras untuk menghalang segala gerakan terutama gerakan berbahaya yang dibuat oleh pemain pasukan FC Tiki Taka, Syafiq IKIP.Ac Jamiah Street FC yang menggunakan taktik baru dengan meletakkan kapten pasukan, Mustaqim dibahagian defensive midfielder akhirnya membawa padah apabila gol pertama berjaya dihasilkan hasil gerakan Syafiq Ikip menghantar satu hantaran yang baik kepada penyerang FC Tiki Taka, Aima menyudahkan gerakan tersebut ke arah pintu gol berjaya menghasilkan gol setelah terkena sedikit kaki pemain wng back Ac Jamiah Street FC, Nazirul.Gol pertama FC Tiki Taka membuat pasukan tersebut bersemangat untuk menambah bilangan gol dan berhajat besar untuk mencatat kemenangan besar ke atas pasukan Ac Jamiah Street FC.Namun harapan pasukan FC Tiki Taka untuk mencatat kemenangan besar nampak tidah semudah begitu setelah penjaga gol sensasi pasukan AC Jamiah Street FC, Ajis seringkali kali menafikan beberapa percubaan berbahaya oleh pasukan lawan.Kehebatan Ajis terserlah apabila berjaya bertindak dengan pantas untuk menepis tandukan Ikram hasil sepakan sudut pasukan lawan yang diambil oleh Syafiq dan satu menafikan satu percubaan dari gerakan solo Syafiq setelah cuba untuk melakukan placing di hadapan pintu gol.Menurut sumber pemain pasukan FC Tiki Taka Syafiq IKIP dikatakan hendak celebrate habis habisan jikalau gerakan tersebut berjaya menghasilkan gol tetapi kecewa kerana percubaan tersebut berjaya dinafikan oleh Ajis.Kekecewaan Syafiq IKIP tidak lama apabila berjaya menjaringkan gol kedua untuk pasukan FC Tiki Taka setelah berjaya menghukum kesilapan pertahanan lawan berjaya memberi pasukannya kemenangan yang selesa ke atas pasukan AC Jamiah Street FC.Sehingga wisel penamat, FC Tiki Taka berjaya melenyapkan ego pasukan Ac Jamiah Street FC dengan kemenangan 2-0.
Man of The Match: Syafiq IKIP(FC Tiki Taka)
| It's look awesome when left wing Ac Jamiah Street FC, Hakim and centre back Fc Tiki Taka, Fikhry fights together. |
Playmaker FC Tiki Taka, Shafiq IKIP try dribble the ball.
| Great header by Syafiq IKIP |
Clean tackle by Fc Tiki Taka defender.
| FC Tki Taka player, Talha try to beat the AC Jamiah Street FC, midfielder, Rahman . |
| FC Tiki Taka Team |
Labels:
`
Sunday, 11 December 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)


