Saturday 10 December 2011

Matchday 4 Preview:

AC Jamiah Street FC vs Lala Loco FC

Perlawanan pembukaan di Stadium Yarmouk menyaksikkan perlawanan di antara buku bertemu ruas apabila pasukan yang berada di takhta liga Ac Jamiah Street FC menentang pasukan yang berada di tangga keenam liga pasukan Lala Loco FC.
Pasukan Ac Jamiah Street FC yang masih segar dengan kemenangan besar ke atas pasukan Red Hornet FC pada perlawanan yang lepas dengan jaringan 6-0 seakan akan tidak bermaya pada perlawanan kali ini apabila pasukan Lala Loco FC menguasai  keseluruhan perlawanan pada separuh masa pertama .Pasukan Lala Loco yang meletakkan gandigan trio senior veteran, Yaser, Wasiek dan Sidi Firdaus sering kali melakukan percubaan berbahaya di hadapan pintu gol telah memaksa benteng pertahanan Ac Jamiah Street FC yang diketuai Mustaqim dan dibantu pemain pertahanan muda Syahmi dan penjaga gol sensasi, Ajis bekerja keras untuk menafikan beberapa percubaan pasukan lawan.Bagaikan tikus menundukan sang hariamau apabila keseluruhan separuh masa pertama perlawanan dikuasai oleh pasukan Lala Loco FC.Sebaliknya penyerang dan permain tengah pasukan AC Jamiah Street FC sering kali kehilangan bola dan tidak melakukan sebarang percubaan berbahaya di hadapan pintu gol dan membuat penjaga gol pasukan Lala Loco FC, Raja tenang begitu sahaja di hadapan pintu gol.Kemudian masuk separuh masa kedua perlawanan di antara kedua dua pasukan menunjakkan permainan yang agak seimbang dengan beberapa percubaan berbahaya dilakukan oleh kedua-dua pasukan.Sehingga wisel penamat perlawanan berkesudahan seri 0-0 tanpa jaringan.

Katang FC vs Buccaneers FC

Perlawanan seterusnya menyaksikan pasukan yang kecewa dengan kekalahan 3-2 dengan pasukan Lala Loco FC, pasukan Katang FC turun untuk  mencari kemenangan berharga pada perlawanan menentang pasukan Buccneers FC pada kali ini  untuk mengubat kekecewaan pada perlawanan yang lepas.Pasukan Buccaneers FC boleh dianggap berada di kedudukan selesa di persada liga ingin memburu kemenangan bergaya ke atas pasukan lawan.Pasukan Katang FC yang diketuai pemain sensasi Nur Afiq dan dibantu Hazim bersama pemain tengah muda berbakat besar Hanan sering kali melakukan asakan berbisa di hadapan pintu gol namun berjaya disekat oleh barisan pertahanan lawan, Firdy dan beberapa percubaan ke arah pintu gol yang berjaya dinafikan oleh penjaga gol lawan, Baim Hamadi.Barisan pertahanan pasukan Katang FC sedikit ceria apabila kembalinya permain pertahanan berpengalaman mereka Nuar Rashid. untuk memantapkan barisan pertahan pasukan Katang FC yang dibantu oleh Shahrul Acap.Namun keceriaan pasukan Katang FC tidak berkekalan apabila gandingan muda trio pasukan Buccaneers FC, Hasrul dan Zaim seringkali melakukan serangan yang berbahaya sehingga memaksa barisan pasukan pertahanan Katang FC bekerja keras untuk mematahkan serangan pihak lawan.Tidak lama kemudian pasukan Buccaneers FC dapat memecahkan kebuntuan pintu gol pihak lawan apabila pasukan Buccaneers FC berjaya menjaringkan gol.Gol dijaringkan oleh Amonre Kebun apabila menerima baik hantaran Amirul Aiman sudah cukup untuk membuat penjaga gol pihak lawan terpaku seketika.Selepas itu, Katang FC menukar corak permainann dengan melakukan serangan bertubi-tubi dan hasilnya pasukan Katang FC berjaya  menemui sentuhan gol hasil jaringan pemain tengah muda bebakat, Hanan apabila menerima hantaran baik dari pemain pertahanan Shahrul Acap.Shahrul Acap boleh dikatakan Assistman untuk PSL pada musim ini kerana sering kali melakukan gerakan untuk menghasilkan gol.Perlawanan agak sedikit tegang apabila penyerang berbisa pasukan Buccaneers FC, Zaem  mengalamai sedikit kecederaan dan dipaksa keluar padang.Menurut sumber paramedik, kecederaan yang terjadi tidaklah serius mana mungkin sebab sedikit kekejangan di bahagian lutut.Namun, harapan kedua-dua pasukan hanyalah palsu semata mata apabila sehingga wisel penamat kedua-dua pasukan hanya mencatat keputusan seri dengan jaringan 1-1.

Jufra' FC vs Red Hornet FC

Perlawanan terakhir di Stadium Yarmouk menemukan pertemuan yang cukup menarik apabila Red Hornet FC menentang pasuakan Jufra' FC.Pasukan Red Hornet FC yang telah dibuai mimpi ngeri pada perlawanan yang lepas setelah dibelasah teruk oleh pasukan Ac Jamiah Street FC dengan jaringan 6-0 tidah mahu berputih mata sebaliknya dengan berbekalkan semangat kesukananan terus bersaing dengan pasukan lain di persada liga untuk mencari mata kemenanagan ke atas pasukan Jufra' FC.Sedikit imbasan dapat dibuat ke atas pasukan Jufra' FC yang menampilkan aksi tidak konsisten semenjak kebelangan ini mungkin tidak dapat menemui chemistry di antara pemain pasukan mereka lagi.Namun begitu, pasukan Jufra' FC  mempunyai hasrat yang tinggi iaitu ingin mamadam harapan palsu pasukan pihak lawan dengan mengutip tiga mata penuh berharga.Perlawanan di antara kedua-dua pasukan agak seimbang sehinggalah perlawanan berubah seketika apabila pasukan Jufra' FC menukar pemainnya Usamah dari posisi tengah ke posisi penyerang.Segalanya berubah apabila strategi Jufra' FC berjaya menghasilkan satu gol yang cantik apabila pemain Jufra' FC, Usamah bijak melepaskan diri dari perangkap offside  menyambung baik hantaran kapten pasukan Jufra' FC, Acap Marwan untuk menghasilkan gol.Namun. kegembiraan pasukan Jufra' FC tidak berpanjangan apabila pasukan Red Hornet berjaya menyamakan kedudukan.Gol dihasilkan oleh kapten pasukan Red Hornet FC, Arip IKIP menerusi satu sepakan percuma yang menarik setelah berjaya memperdayakan penjaga gol pasukan lawan.Perlawanan agak sedikit tegang apabila pemain Red Hornet FC, Syihan dilayangkan kad kuning setelah melakukan terjahan kasar terhadap pemain lawan.Sehingga wisel penamat, perlawanan berkesudahan seri di antara kedua-dua pasukan dengan jaringan 1-1.

FC Tika Taka v Foe Fighter FC


FC Tika Taka turun dengan harapan setinggi gunung untuk mendapatkan 3 mata penuh sekaligus mengungguli takhta liga.Namun harapan mereka hanya tinggal kenangan apabila keputusan perlawanan terikat seri dengan jaringan 0 - 0 . Ternyata pasukan Foe Fighter FC bukanlah seperti Manchester United yangg mudah ditumpaskan Basel . Kedua-dua pasukan dilihat sering kali melakukan serangan demi serangan pada separuh masa pertama, tetapi dengan kekuatan di antara  kedua-dua pertahanan yang menampilkan corak permainan yang begitu begitu agresif dan taktikal t utk mempertahankan benteng pertahanan masing-masing . Minit ke-17 perlawananan, percubaan maut dilakukan oleh penyerang baru Foe Fighter FC, Taufik namun kepantasan dan responsiveness goal keeper FC Tika Taka, Helmi Sudin bijak menepis dengan kemas seterusnya bola dikeluarkan oleh pertahanan sayap kanan . Separuh masa kedua, kawalan bola kedua pasukan dilihat lebih kemas dan teratur walaupun pasukan FC Tiki Taka hanya bermain dengan 10 orang . Kelihatan begitu banyak peluang keemasan yg dihasilkan oleh FC Tiki Taka, namun begitu, GK Foe Fighter FC bukanlah seperti Mannone dari Arsenal . Babak menyayat hati pada minit ke-27 perlawanan dimana midfileder FC Tiki Taka ditanduk kencang di dahi beliau oleh pertahanan Foe Fighter FC, Wan Syafiq . Thalhah Juraidi terpaksa dikeluarkan tanpa pemain gantian . FC Tiki Taka bermain dgn 9 org . Walaupun begitu, dengan hati yg keras seperti batu, pasukan FC Tiki Taka terus melakukan serangan tanpa bertahan . Minit ke-36 perlawanan, percubaan entah ke berapa dilakukan oleh pemain FC Tiki Taka, Hanif IKIP . Hantaran lintang yg dilakukan oleh kapten FC Tiki Taka, Fieq Eum, terus ke dalam kotak penalti, careless clearance yg dilakukan pertahanan Foe Fighter FC tidaklah menghampakan mereka apabila sepakan gunting Haniff IKIP hanya melibas angin .Sehingga wisel ditiupkan,kedua-dua pasukan hanya mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan.


Kaki Bangku FC  vs Olympique Irbide


Perlawanan di Stadium Just menemukan pasukan di antara Kaki Bangku FC menentang pasukan Olympique Irbide. Kedua-dua pasukan yang mempunyai misi yang sama iaitu ingin mencatat kemengan bagi menjarakkan kedududkan pasukan masing-masing dalam saingan liga PSL.Pasukan Olympique Irbide sudah pasti ingin mencatat kemenagan yang pertama setelah ketiga-tiga perlawanan sebelum ini tumpas dan bagi pasukan Kaki Bangku FC mencatat kemenagan dalam perlawanan ini adalah penting persis mendapat fullmark dalam exam.Perlawanan di antara kedua-dua pasukan agak seimbang pada awal perlawanan apabila kedua-dua pasukan sering kali banyak melakukan percubaan berbahaya di hadapan pintu gol.Pasukan Olympique Irbide mempunyai barisan serangan yang kental apabila dibarisi permain yang serba boleh iaitu Zahen dan Qutad.Zahen yang dianggap playmaker bagi pasukan Olmpique Irbide FC banyak melakukan hantaran yang berbahaya kepada penyerang untuk menghasilkan gol dan dibantu oleh pemain tengah persis Gatusso, Abu apabila sering kali berjaya menyekat serangan yang dilakukan pihak lawan.Mungkin tidak ada nasib yang baik untuk pasukan Kaki Bangku FC apabila beberapa percubaan berbahaya pasukan mereka berjaya dinafikan oleh penjaga gol lawan.Barisan serangan pasukan Kaki Bangku FC yang dibarisi oleh Nuar Hussain,Sabdal,Afa,Yun dan dibantu oleh pemain tengah mereka Napi dan Duan sudah mati akal memikirkan cara untuk menjaringkan gol.Kembalinya pemain Kaki Bangku FC, Duan setelah pulang  Malaysia tidak berjaya melakukan sebarang gerakan apa-apa untuk membantu pasukanya mencatat kemengan.Bak kata pemain pasukan Kaki Bangku FC kemungkinan mereka mengalami kesilapan taktikal apabila lambat memasukkan pemain harapan mereka, Amir@Papa ke dalam padang.Sehingga wisel penamat keputusan jaringan seri tanpa jaringan berjaya dicatat oleh kedua-dua pasukan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...