Thursday 24 November 2011

Review Perlawanan Sebelum Matchday 3

Stadium Yarmouk.



Minggu ini perlawanan yang dijangkakan bakal mendapat tumpuan daripada seluruh peminat bola sepak seantero Irbid adalah perlawanan di antara Buccaneers FC menentang Foe Fighter FC. Menurut sumber yang agak boleh dipercayai, tiket jualan menyaksikan perlawanan tersebut sudah habis terjual seawal seminggu sebelum sepak mula berlangsung. Peminat yang berang kerana tidak Berjaya mendapatkan tiket dikatakan sudah pun membuat bantahan kepada Rais Jamiah Yarmouk supaya menyediakan tiket tambahan.

                Kedua-dua pasukan dijangka bakal menurunkan kesebelasan utama terbaik dengan masing-masing meletakkan harapan yang tinggi kepada dua orang pemain bintang iaitu Mahdi Ji-Sung dan Nuar Ju-Young. Kedua-dua pemain yang digilap menerusi akademi Phoniex Bangkit di bawah kendalian jurulatih Munirinho ini dijangkakan bakal memberi impak yang ckup besar dalam perlawanan hujung minggu ini. Mahdi Ji-Sung menunjukkan prestasi terbaiknya sepanjang musim lepas dan telah berjaya membuktikan kehebatan beliau apabila menjaringkan gol menerusi sepakan percuma cantik menggegar palang dalam perlawanan lepas. Nuar Ju-Young juga berjaya mengembalikan reputasi beliau selaku “wondergirl” dalam season 2009/2010 apabila berjaya membantu pasukannya muncul pemenang dalam perlawanan lepas dengan melakukan assist cantik terus ke kaki striker Hasrul. Menurut saksi, dua mingg selepas perlawanan berakhir, Nuar masih lagi menonton ulang tayang rakaman “assist” beliau secara bersendirian di kamarnya.

                Gawang gol pasukan Foe Fighter FC dijangka akan kekal dikawal oleh Abe Apis Yzels. Meskipun menunjukkan prestasi yang kurang memberansangkan dalam perlawanan lepas, kapten pasukan, Mahdi dipercayai akan tetap menaruh kepercayaan  kepada Abe. “Lemas sekali bukang(tidak) bermakna lemas sokmo(selamanya),” demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Abe yang ditemuramah ketika sedang enak menyantap mi kari enak tidak terperi di Warung Nyioque(iklan berbayar). Manakala di gawang gol pasukan Buccaneers FC pula, kami masih belum dapat mengesahkan siapa yang bakal ditugaskan untuk bermain di posisi penting itu. Namun, menurut maklumat awal, dipercayai mereka akan menurunkan Imam Muda Ibrahim Mahdi al-Hafiz sebagai penjaga gol. Walaupun season ini merupakan debut season beliau sebagai penjaga gol, namun nama beliau sudah mula meniti di bibir peminat sukan dalam kalangan akhowat sehingga ada yang menyamakan beliau sebagai Khairul Fahmi Che Mat Junior. “dulu-dulu sebelum Apek main team Malaysia, dio(beliau) pun ngapa(menghafal) jugok. Tapi berapo surah sayo tak tahu la. Serupo la mace(seperti) Abe Baim(nama manja Ibrahim Mahdi). Hik3,” itulah respons yang kami peroleh daripada salah seorang peminat Ibrahim Mahdi.

                Di barisan pertahanan pula, pengkritik sukan dijangka akan menumpukan perhatian kepada Firdy daripada pasukan Buccaneers FC dan Dzofir daripada pasukan Foe Fighter FC. Firdy yang terkenal dengan teknik “sepakan cerah masa hadapan”  dijangka tidak akan berdepan sebarang masalah untuk mengekang asakan daripada penyerang muda pasukan Foe Fighter FC. Dzofir pula seperti biasa tenang ketika menjawab soalan media berhubung perlawanan ini. “Tadak hai la(tiada masalah) la. Ang tengok aku takik kaki striker depa sat lagi. (subtitle not available)”
.
                Selain daripada nama-nama besar yang disebut tadi, dijangkakan aka nada beberapa pemain muda yang akan menyerlah dalam perlawanan tersebut seperti Hasrul(Buccaneers FC) yang sudah menjaringkan 2 gol sebelum ini serta rakan sepasukan beliau Ahmad Zaim yang turut mempamer aksi memberansangkan sebelum ini.

                Akhir kata, predicition kami berdasarkan skuad di atas kertas, Buccaneers FC bakal mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Foe Fighter FC.  

Stadium JUST



Pada hari yang sayup-sayup dengan mentari pagi  Jumaat ini akan menemukan dua pasukan yang akan menggegar seplanet  Irbid,Jordan apabila pendahulu liga PSL, AC Jamiah Street FC akan menentang pasukan yang cuba mencari kedudukan yang terbaik dalam liga pada perlawanan kali ini iaitu Red Hornet FC. Mungkin sebahagian penyokong AC  Jamiah Street FC ingin melihat kemenangan hatrik berturut-turut disamping mengekalkan rekod tanpa kalah dengan pasukan lain dan sebaliknya kemungkinan juga penyokong Red Hornet FC  ingin melihat pasukan mereka dapat menebus kehampaan dan kekecewaan dengan mencatat kemenangan bergaya pada perlawanan kali ini apabila pasukan mereka telas tewas pada perlawanan yang lepas dengan Katang FC. Bak kata perpatah bolasepak dunia “Bola itu bulat”. Macam-macam bola terjadi di atas padang esok buat kedua pasukan ini sama ada mereka mampu memberi penyokong mereka kegembiraan atau sebaliknya iaitu kecewaan yang teramat.
               
Terus terang kami katakan wanita yang mengandung dan lelaki yang mengalami darah tinggi tidak sesuai menonton perlawanan diantara AC Jamiah Street FC vs Red Hornet FC takut nanti meengalami kesakitan yang tidak dijangka apabila diramalkan kedua dua pasukan akan main bermati-matian dan dijangka perlawanan ini amat sengit apabila kedua dua pasukan menggunakan corak permainan menyerang. Sudah tentulah perlawanan esok akan menyajikan perlawanan yang menarik persis Barcelona vs AC Milan baru-baru ini di dalam Champion League buat penyokong kedua-dua pasukan.

Kedua-dua pasukan dijangka akan membariskan barisan terbaik untuk mengutip mata penuh pada perlawanan kali ini. Sudah pastinya AC Jamiah Street FC akan meletakkan sandaran utama kepada The Powershot Angrybird, Wan Camakh untuk membuat sesuatu pada perlawanan kali ini.Beliau yang dianggap playmaker dan top scorer buat pasukan ini dijangka akan bermain di bahagian midfield dan dibantu pemain muda yang berbakat besar Ahmad Hakim untuk mengawal di bahagian tengah dan melakukan hantaran  ke arah target yang berkemungkinan Mare dan Ekal sehati  jiwa akan menjadi targetman buat pasukan tersebut untuk memecah kebuntuan gawang gol Red Hornet FC yang dikawal oleh Amir Cidak.Bagi pasukan Red Hornet FC meletakkan harapan yang tinggi kepada Nazran untuk membolosi  gawang gol pasukan lawan yang berkemungkinan di kawal oleh Ajis. Bak kata Ajis, walaupun aku dah kahwin aku tak akan sesekali biar Nazran buat gol nanti klu orang lain aku boleh bagi.

Malang bagi pasukan Red Hornet FC apabila permain berbakat, Nur Arief berkemungkinan tidak dapat diturunkan apabila mengalami kecederaan yang teruk .Lebih-lebih lagi beliau dikatakan mengalami kecederaan yang serius ketika bermain futsal di Gyminasium Yarmouk pada hari itu.Menurut kapten pasukan, Arif IKIP “tu la sapa suruh main.aku dah ckp jgn main.degil.”.Selepas itu Nur Arief dikatakan sedih dan hanya bersendirian di rumah sambil mengarang sebuah lagu Nasib Malangku.  Tetapi midfield Red Hornet FC masih gerun dengan kehadiran pemain veteran berbakat besar Kuchai akan cuba mengawal di bahagian midfield dan beliau dianggap playmaker untuk pasukan ini. 

Seterusnya barisan pertahanan kedua –dua pasukan dianggap seimbang tetapi berkemungkinan AC Jamiah Street FC mempunyai kelebihan di barisan pertahanan apabila dibarisi permain pertahanan yang berpengalaman luas iaitu Kadiak dan Mustaqim. Kedua-dua pemain ini dianggap kereta kebal di Irbid ini apabila menurut sumber yang dipercayai mengatakan buat semua penyerang-penyerang di Irbid jangan haraplah lepas diorang selagi skill korang macam Fakri Sakrani je.Bagi Red Hornet FC barisan pertahanan untuk perlawanan kali ini akan diketuai Arif IKIP dan dibantu oleh pemain muda. Mereka sudah pastinya akan berusaha keras untuk memastikan barisan benteng pertahanan diorang teragadai begitu sahaja.Menurut sumber dipercayai mereka akan mengawal ketat setiap pergerakan Wan Camakh pada perlawanan ini supaya beliau tidak dapat menjaringkan gol seperti mana beliau mampu buat pada perlawanan-perlawanan sebelum ini.

Finally, prediction kami untuk perlawanan ini berkemungkinan AC Jamiah Street 2-1 Red Hornet FC berdasarkan prestasi semasa buat kedua-dua pasukan.

2 comments:

emirhasnan said...

prediction berat sebelah.

haram jadah !

Feeq said...

citer nk ac jamiah je lebih booooo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...