Schalke 2-1 Inter (Agregat 7-3)
Schalke menerima kunjungan dari Inter, ibarat menunggu rombongan pengantin berbekalkan 5 gol away. Inter pula tekad untuk membalas dendam atas keputusan yang memalukan tempoh hari. Seperti ayam berak kapur, Sneijder dan Etoo bingung untuk mencari rentak kemenangan. Jaringan dari pemain veteran, Raul Gonzales, bekas pemain Real Madrid seperti menghancurkan harapan pemain Inter. Iyelah, seperti sudah home-run bertubi-tubi jika ia perlawanan baseball.
Inter Milan seperti tidak mahu menyerah kalah, mendapat gol saguhati sebagai peserta hasil jaringan Thiago Motta. Pemain yang berasal dari Itali ini juga bermain untuk pasukan kebangsaan Brazil. Hebat bukan? Malangnya, nombor 6 bukan nombor faveret bagi pemain pemain Schalke, sebiji gol lagi hasil jaringan B. Höwedes untuk melengkapkan agregat 7-3. Inter dimalukan versi international tetapi kelihatan referee seperti menyambut kemenangan ini dengan melayangkan 6 kad kuning sepanjang pertandingan. Sungguh rasional pertimbangan beliau.
Tottenham 0-1 Real Madrid (Agregat 0-5)
Sementara itu, skuad One Man turun bertandang di White Hart Lane membawa 4 gol dengan harapan untuk ke separuh akhir. Diketuai abang rambut tancho, Cristiano Ronaldo dan Adebayor, jentera serangan Real Madrid sekali sekala mengusik gol pasukan lawan. Bagi Gomes, semua ini hanya makanan rujinya ketika training bersama rakan sepasukannya. Bagi the Spurs pula, kelicikan Gareth Bale pula kelihatan bersama kelincahan Van Der Vaart. Namun, Pavlyuchenko seperti kanak kanak yang tidak dibedung kakinya ketika kecil, asyik tendang memberi hadiah bola percuma kepada penonton bahagian rear stadium.
Pada separuh masa kedua, bahagian serangan Real Madrid nampak lebih balance. Abang rambut tancho, Cristiano Ronaldo menendang ke arah gol, dan kelihatan Gomes melakukan blunder menghasilkan gol buat Real Madrid.
p/s : Secara keseluruhan, perlawanan hari ini dianggap menarik kerana semua pemain bintang bermain dengan baik. tidak seperti Abang Torres 50 juta. Lebih baik beli Poey Adam, at least ada 4 gol. koman koman pun ambiklah Fieq Eum Sarang Sarang. aha
Abang rambut tancho. Cristiano Ronaldo
Sekian melaporkan
2 comments:
ambik poey lah, ak x hebat..
btw, ak tahu spe update nih..men kasar ni..hu2
Nice post for great player.
Post a Comment