FC TIKI TAKA VS JUFRA' FC
Selepas melihat kehebatan pasukan FC TIKA TAKA minggu lalu yang berjaya menumbangkan legasi kemenangan AC JAMIAH, para peminat harus memandang FC TIKA TAKA sebagai pasukan yang digeruni dalam perebutan takhta liga. Dengan permainan yang meyakinkan pada minggu lalu tidak mustahil untuk pasukan ini meneruskan kemenangan bergaya mereka. Gandingan Syafiq IKIP dan Aima dilihat mampu merobek gawang JUFRA' FC.
Namun begitu JUFRA' FC bukanlah calang-calang pasukan. Mereka mempunya Usamah dan Poey yang bisa mengucar-kacirkan pertahanan lawan. Walaupun kekalahan tipis pada minggu lalu, ia adalah satu persembahan yang 'awesome' kerana berjaya menjarakkan defisit gol. Jadi, kita lihat kemampuan dua pasukan ini di venueYarmouk Stadium. Diharapkan penyokongnya tampil hadir memberikan sokongan padu.
AC JAMIAH VS KATANG FC
Sungguh mengejut seluruh Irbid apabila pendahulu liga, AC JAMIAH tumpas kepada FC TIKI TAKA minggu lalu. Dimana silapnya? Namun ia telah memberikan kelegaan pasukan lain dalam saingan merebut kejuaraan liga musim ini. AC JAMIAH yang dibarisi pemain berpengalaman seperti Ajis, Kadiak dan pemain sensasi Mare. Strategi dan taktikal telah disusun rapi bagi beradu tenaga dengan pasukan KATANG FC.
Sebut sahaja KATANG FC, semua peminat tempatan mengenali pasukan ini. Ia dilihat sebagai pasukan yang mula meningkat naik. Dibarisi pemain berkaliber seperti Nur Afiq, Hanan , Farhan dan ketua pasukan, Hazim yang mempunyai larian-larian pantas bagi menyambut hantaran jauh pertahanan harus diberi perhatian. Perlawanan kali ini mungkin dianggap sebagai perlawanan tumpuan untuk minggu ini. Kita tunggu dan lihat kesudahannya secara live di Yarmouk Stadium.
OLYMPIQUE IRBIDE VS BUCCANEERS FC
Keputusan seri OLYMPIQUE IRBIDE pada minggu lepas mungkin suatu kelegaan bagi pasukan ini. Kita dapat lihat peningkatan yang dilakukan oleh pasukan OLYMPIQUE IRBIDE dari segi corak permainan. Barisan pertahanan yang kental dan tengah yang sentiasa mengekang asakan lawan dapat dilihat pada perlawanan lepas. Pemain import dari Brunei dan penyerang mereka Faiz Ali diharapkan mampu menggalas cabaran untuk perlawanan Jumaat ini bagi menentang pasukan pilihan, BUCCANEERS FC.
Prestasi BUCCANEERS FC kini tampak naik turun. Pasukan ini masih mendahagakan kemenangan dengan dibarisi pemain bertaraf bintang seperti Zaem, Hasrul dan pertahanan kental, Firdy. Kekalahan 0-1 pada minggu lepas diharap mampu dijadikan pendorong untuk pasukan ini terus maju. Pertukaran taktikal secara besar-besaran mungkin akan dilakukan dan penyerang sensasinya, Hasrul berazam ingin merobek gawang lawan sekerap mungkin. Kalian boleh saksikan perlawanan ini secara live di Yarmouk Stadium sambil menikmati hidangan yang disediakan.
FOE FIGHTER FC VS LALA LOCO FC
Trademark jersey hitam FOE FIGHTER FC kini menjadi gilaan peminat bolasepak tempatan. Tampil garang minggu lepas dengan mengikat Olympique Irbide satu sama walaupun pada awalnya seakan-akan memperoleh kemenangan. Hantaran pendek yang kemas oleh pasukan ini mampu melancarkan lagi serangan bagi memperoleh jaringan. Penyerang berambut panjang, Mursyid seringkali berjaya memperoleh peluang menjaringkan gol. Dan gerakan pantas pemain berjersi 33 harus diberi perhatian.
LALA LOCO FC nama yang tidak harus dipandang enteng. Mereka bermula baik di awal musim, namun prestasi kian sekata dengan keputusan seri dalam dua perlawanan terakhir. Penyerang mereka, Wasiek nampak memberi banyak percubaan ketika perlawanan lepas. Farisul Islam dan Yaser juga harus diberi perhatian kerana mereka mampu melakukan kejutan kepada pasukan lawan. Walaubagaimanapun segala keputusan berdasarkan prestasi dan perancangan taktikal pasukan masing-masing. Para peminat boleh datang ke JUST Stadium bagi menyaksikan perlawanan ini. Transport sendiri-sendiri.
KAKI BANGKU FC VS RED HORNET FC
Rekod bersih tanpa kalah pasukan BANGKU FC menunjukkan pasukan ini sangat gah untuk memenangi perlawanan minggu ini. Pasukan ini digeruni lawan dengan permainan pantas ketika menyerang. Ridzuan, Sabdal dan Nuar Hussain merupakan kunci serangan pasukan ini. Gerakan dari kanan ke kiri mampu mengelirukan pasukan lawan. Jaringan kapten, Nuar Hussain pada minggu lepas masih segar dalam ingatan pasukan bagi "membangku-kan" RED HORNET FC.
Pasukan Lebah atau lebih dikenali sebagai RED HORNET FC masih dalam cubaan memburu kemenangan. Kuchai dan Nazran diharapkan mampu melakukan sesuatu untuk pasukan ini bagi memperoleh mata penuh untuk minggu ini bagi mengelakkan dari zon penyingkiran. Semangat dan sokongan padu peminat amatlah ditagih kerana kesepian penyokong yang lebih suka memerap di rumah pada hari Jumaat yang mulia. Perlawanan ini juga akan berlangsung secara Live di JUST Stadium. Sebarang Live Streaming tidak akan dilayan.
Sekian, Preview Match ini dilaporkan oleh Mior Syabab.
"Majulah Sukan untuk PERMAI"