Monday 20 December 2010

Matchday 3 : Review


Seperti diketahui umum,Matchday 3 Permai Super League (PSL) telah berlangsung dengan suksesnya Jumaat lalu.Walaupun cuaca dan suhu pada pagi tersebut sebenarnya lebih enak jika berguling-guling bersama Siti Norina,hirom buatan Korea tujuh poin lima kilo,namun berbekalkan semangat Sultan Bola,para pemain PSL  gagahkan diri jua bangun seawal yang mungkin.Apedehal?


   
MATCH 1: TEAM KAPAK VS BARBICAN FC

Perlawanan pertama pada Sayyidul Ayyam tersebut menemukan dua pasukan yang bukan ayam-ayam,Team Kapak bertemu Barbican FC.Sebelum bermulanya perlawanan,kedua-dua pasukan menghuni dua tangga teratas liga.Jadi,barang pasukan mana  yang memenangi perlawanan ini secara automatiknya akan menghuni puncak klasemen liga.

Sebelum sepak mula perlawanan,satu insiden yang kurang sedap mata memandang telah berlaku.Yash Fahri,seorang warga tua Irbid dari pasukan Barbican FC kelihatan rebah di tengah padang.Apa sebenarnya terjadi? Menurut sumber yang sohih,semasa streching sebelum mula match,beliau dikatakan ingin melakukan ‘sepakan palang ke palang’ persis Ronaldinho dalam iklan Nike suatu ketika dahulu.Namun beliau terlupa bahawasanya beliau telah mendaftarkan diri ke PLLI (Persatuan Lutut Longgar Irbid) tiga minggu yang lalu.Jadi,ketika beliau sedang berlagak-berlagak melakukan sepakan tersebut,lutut beliau kembali membuat hal lambang ketuaan beliau.Dan akhirnya beliau terpaksa menonton perlawanan di tepi padang sahaja sambil menikmati Jus Mangga Asmara hasil tangan Abang Pue.

Perlawanan antara kedua-dua pasukan berlangsung rancak.Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.Jentera serangan Team Kapak diketuai penjaring terbanyak PSL musim lalu,Acap Marwan beberapa kali membuatkan pertahanan lawan menggigil ketakutan.

Barbican FC juga tidak kurang hebatnya.Diketuai pemain terkemuka yang namanya persis pemain handalan Arsenal, Andrei Arshad’vin, mereka juga beberapa kali membuat gerakan berbahaya ke kubu lawan.Namun ketiadaan Abe Yash telah menyebabkan gerakan tersebut sia-sia sahaja.Takde finishing.Kehilangan Abe Yash memang meninggalkan kesan yang mendalam kepada Barbican,umpama Barcelona kehilangan Messi.Wewwit lah satu kali!

Penghujung perlawanan,Team Kapak mendapat peluang keemasan.Pemain gentian,Amir  hanya berdepan penjaga gol Barbican FC.Namun,sepakan lemahnya tersasar ke kiri tiang gol.Sungguh memalukan jika ada makwe-makwe yang melihat.

Perlawanan berkesudahan seri 0-0.



MATCH 2: MENTARANG FC VS LEGEND KAMPUNG

Mentarang FC turun ke padang pada pagi tersebut mencari kemenangan pertama dalam PSL, setelah kalah sekali dan seri sekali dalam perlawanan terdahulu.Legend Kampung pula berhasrat mengekalkan rentak kemenangan mereka seperti dua minggu yang lalu.

Dua minggu lalu,Legend Kampung dengan selamba ayam membedal Copa Banana FC 5-0.Dibarisi gandingan trio penyerang baru berbakat besar –Nazran,Nuar Hussin dan Tholhah- ,Legend Kampung dilihat bakal mengayamkan Mentarang pula pada kali ini.

“Mentarang je pun.Bukan kuat mana.Kompom menang lah.Miyah bil miyah” komen Hatim,penjaga gawang Legend Kampung bila ditanya tentang  berapa peratus kemungkinan pasukan mereka akan menang perlawanan tersebut.

Hidup tak selalunya indah,langit tak selalu cerah.Peh macam Karam Singh Walia pulak gua rasa.

Dengan tidak disangka-sangka,Legend Kampung kalah perlawanan tersebut dengan jaringan 1-0!

Gol telah dijaringkan oleh pemain tengah pasukan Mentarang FC, Ahmad Kuchai melalui satu sepakan sudut yang ‘rare’ di awal perlawanan.Bola hasil sepakan sudut Kuchai tersebut masuk terus ke dalam gawang Legend Kampung tanpa menyentuh mana-mana pemain pun.Menurut pakar-pakar bola Irbid,gol tersebut sememangnya tip top dan hanya muncul  seribu tahun sekali di Irbid.Peh!

Selepas ketinggalan 1-0,Legend Kampung cuba bangkit mencari gol penyamaan.Namun begitu,benteng pertahanan Mentarang FC yang diketuai seorang lagi warga tua Irbid,A Mohd Rahmat dapat menggagalkan semua asakan daripada Legend Kampung dengan baik.Strategi kapten pasukan Mentarang, Haji Munir meletakkan Abang Rahmat di posisi centre back sememangnya strategi yang bijak.Tidak hairanlah kadangkala kedengaran suara halus yang memanggil Haji Munir dengan gelaran ‘Haji Munirinho!’.

Di akhir perlawanan,Mentarang FC mendapat peluang menggandakan kelebihan gol bilamana mereka dianugerahkan sepakan penalti oleh pengadil.Penalti diberi setelah penjaga gol Legend Kampung yang berkeyakinan besar di awal perlawanan,Hatim  menjatuhkan penyerang Mentarang FC, David ‘Zulharis’ Villa di dalam kotak penalti.Malangnya sepakan penalti yang diambil oleh Abang Rahmat tersebut terkena palang.Tak gol.

“Ana tiru Rooney macam Mencester lawan Arsenal baru-baru ni .Sebab tu tak gol” komen Abang Rahmat selepas perlawanan, berkaitan kegagalannya menyempurnakan sepakan penalti tersebut.

Perlawanan berakhir dengan keputusan Mentarang FC 1-0 Legend Kampung.



MATCH 3: ONE UNITED FC VS THE ALL WHITES

Gua exam esok.Sambung lain kali lah.Bai bai



2 comments:

Anonymous said...

helmi ke tulis ni...??

febreyash said...

kuang ajaa....hahahahaha!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...