Wednesday 28 March 2012

Preview Matchday 8.


1. AC JAMIAH VS JUFRA' FC

Tampil garang pada perlawanan lepas, JUFRA FC dijangka mengekalkan prestasi memberansangkan pada perlawanan kali ini. Kemenangan 2-1 pada perlawanan lepas, nyata membangkitkan semangat para pemain JUFRA FC.

Usamah [pen] -JFC
Poey [Rozaili] -JFC

Sementara itu, AC JAMIAH yang seri pada perlawanan lepas, berkemungkinan besar tergugat kedudukannya di persada liga PSL. Namun, semangat yang ada pada pemain AC JAMIAH tidak harus dipandang rendah dan dipandang enteng kerana mereka mampu bangkit dan memberi kejutan.

2. KAKI BANGKU FC VS FOE FIGHTER FC

Sebelum ini rekod permainan tanpa kalah dimiliki oleh kedua-dua pasukan ini, tapi malangnya, pada perlawanan lepas, maruah  FOE FIGHTER FC dicalar dengan kekalahan mereka. Namun, sekali kekalahan bukan bermakna mereka lemah selama-lamanya, FOE FIGHTER FC pasti akan tampil dengan keseblasan utama mereka pada perlawanan kali ini.

"Saya rasa Foe Fighter kuat lagi nak menang season ni." - Die hard fan

KAKI BANGKU FC , tiada kata yang dapat menerangkan semangat berpasukan mereka. Rekod tanpa kalah yang mereka kekalkan sampai ke hari ini adalah buktinya. Komitmen, disiplin dan kerja berpasukan adalah rahsia kejayaan mereka sampai kesaat ini. Pada perlawanan ke-8 ini, KAKI BANGKU FC pasti akan mencari strategi terbaik demi mempertahankan maruah mereka selaku satu-satunya paukan yang masih mengekalkan rekod tanpa kalah.

Hanafi -KBFC

3. BUCCANEERS FC VS LALA BASEL FC

Apa sudah jadi? Itu komentar salah seorang peminat BUCCANERS FC apabila melihat pasukan itu tewas pada perlawanan lepas. Rekod tiga kali kemenangan berturut-turut sebelum ini tak mampu mereka pertahankan. Pemain BUCCANERS FC diharap dapat kembali mempamerkan aksi garang yang sering mereka tonjolkan sebelum ini kepada peminat setia mereka.

"Air enam pasti boleh !" - Mior
 Zaim [Mukmin] -BFC

LALA BASEL FC, tampil dengan baju hijau yang menyilaukan menyegarkan dan corak permainan yang konsisten, pasukan ini diharap dapat tampil dengan lebih garang bagi memperoleh kemenangan. LALA BASEL FC perlu bangkit dan keluar dari zon selesa mereka. Mereka perlu lebih aktif dan harus terus berusaha untuk memperbaiki kedudukan mereka didalam liga Yakinlah, harapan itu masih ada!

 Farisul [Hatim] -LBFC
"Chaiyok Baem. Work hard sikit !" - Anonymous

4. RED HORNET FC VS OLYMPIQUE IRBIDE

Bangkit! itu lah kalimat keramat yang diteriakkan oleh penyokong RED HORNET FC setelah melihat aksi longlai mereka pada perlawanan yang sudah. Kalimat keramat itu sekali gus menunjukkan peminat setia mereka masih lagi menaruh harapan tinggi untuk melihat pasukan mereka kembali menyinar dalam liga PSL. Diharapan perlawanan yang berbaki dua perlawanan ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh pasukan ini demi penyokong mereka. Gambate!

Berada di tangga tercorot liga, OLYMPIQUE IRBIDE tampak sudah tertutup peluang mereka untuk menggungguli tangga empat teratas liga apalagi menjulang piala liga. Namun, ada sesuatu yang harus kita puji pada pasukan ini, semangat mereka untuk tak mengaku kalah. Semangat itulah yang tidak ada pada sebahagian pasukan lain. Moga, pasukan ini dapat meneruskan lagi semangat dan usaha gigih mereka dalam perlawanan yang berbaki ini, dan katakanlah pada dunia, kami takkan menyerah walau terpaksa bergadai darah!

 Acap [Mayol] -OIFC

5. FC TIKI TAKA VS KATANG

Berkongsi mata dengan pasukan AC JAMIAH, pasukan FC TIKI TAKA pasti akan tampil ganas minggu ini demi menjarakkan kedudukan mata dengan musuh ketat mereka itu. Kehebatan FC TIKI TAKA tak dapat dipersoalkan lagi. Kemenangan pada perlawana lepas sudah cukup membuktikan betapa pasukan ini harus dgeruni kerana semangat dan kerakusan mereka untuk mendapatkan kejuaraan.

 Zulharis Ghazali [Ikmal] -TTFC

KATANG FC, pasukan yang telah merobek dan mencalar maruah FOE FIGHTER FC pada perawanan lepas, dijangka akan lebih menyerlah pada perlawanan kali ini. Seindah namanya, KATANG, begitu jugalah corak permainan mereka. Sentiasa tampil dengan gaya permainan baru setiap minggu, pasukan ini pasti akan memberi mimpi ngeri pada pihat lawan, namun tidak dinafikan, disana adanya kelemahan yang besar pada pasukan mereka.

Nur Afiq -KFC

Venue boleh rujuk poster di atas ^^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...