Wednesday 15 February 2012

Preview Matchday 7.




Hapdett terkini !!


Kepada pemain dan peminat sukan bola sepak Permai Super League (PSL), permainan pada musim ini bakal diteruskan semula setelah rehat yang panjang bagi memberi laluan kepada musim imtihan nihaie dan cuti semester yang lepas. Diharapkan semua pemain kekal cergas untuk perlawanan pada minggu ini. 


Sebelum itu, pihak admin blog PSL ini ingin memohon kemaafan atas segala keterlawatan meng-hapdet apa yang patut di dalam blog ini. Maklumlah, manusia banyak kekurangannya. Moga untuk yang akan datang, kami akan lebih berusaha untuk lebih kerap meng-hapdet informasi terkini sukan bola sepak kita.




Informasi untuk perlawanan pada minggu ini :


Hari      : Sabtu (18/2/2012)Tempat: Stadium Madinah Hassan,Irbid.




1. OLYMPIQUE IRBIDE vs LALA LOCO FC

Berbekalkan dua seri dan empat kekalahan sebelum ini meletakkan pasukan Olympique Irbide di tangga tercorot liga. Dari segi pemerhatian pemerhati bola sepak PSL, pasukan ini telah melakukan banyak perubahan dari segi corak persembahan permainan sejak dua perlawanan terakhir ini. Walaupun tewas kepada pasukan Buccaneers pada perlawanan yang lalu, Olympique Irbide harus mendapatkan kemenangan ke atas pasukan Lala Loco jika mahu meneruskan persaingan untuk keluar dari dasar carta liga. Antara pemain yang tampak menonjol seperti jentera serangan mereka, Faiz Ali dan Qotaddah, pertahanan, Naim dan Ezam mampu mengukuhkan pasukan ini.


Lala Loco, pasukan di tangga ke-8 liga masih mampu naik ke kelompok empat pasukan teratas liga. Dengan satu kemenangan, tiga kali seri dan dua kekalahan untuk enam perlawanan sebelum ini berjaya mengumpul 6 mata dan berkongsi kedudukan dengan pasukan Jufra yang mempunyai kelebihan jaringan. Pemain-pemain tahun 1, seperti Farisul Islam dan Baem dilihat mampu menyerlah pada perlawanan minggu ini atas aksi konsisten mereka. Pemain berbahaya mereka, Wasiek harus diberi kawalan ketat oleh pasukan Olympique Irbide.


2. RED HORNET FC vs FC TIKI TAKA

Red Hornet bakal berdepan situasi sukar kerana bertemu dengan pasukan kedua teratas liga, FC Tiki Taka. Hanya mampu seri empat perlawanan menyebabkan pasukan ini terperuk di tangga ke-9 liga. Permainan pasukan ini nampak menyengat dengan kelincahan Ikmal Hakim dan kepantasan Miswar di bahagian serangan. Tidak mampu mengomen banyak kerana rekod permainan pasukan ini telah menghilang dari memori ingatan admin. Moga pasukan Red Hornet mampu membawa pulang tiga mata penuh pada perlawanan minggu ini.


Woww ! Pasukan yang tidak asing lagi di bumi Irbid ini, FC Tika Taka. Mempunyai ramai pemain yang bertaraf bintang dan licik. Mempunyai hantaran dan larian-larian yang pantas dari kiri ke kanan padang. Mampu mengucar kacirkan benteng pertahanan lawan. Pemain seperti Messi tingginya, Syafiq IKIP, yang sering menjadi target man untuk menjaringkan gol sambil dibantu oleh Aima di bahagian sayap dan Syamer di bahagian tengah harus diberi perhatian dengan sedalamnya. Maka diharapkan penyokong pasukan Tiki Taka dapat hadir ke stadium bagi menepuk tangan sekuatnya untuk pasukan anda.


3. FOE FIGHTER FC vs KATANG FC

Rekod tanpa kalah ! Itu yang mereka buktikan kepada peminat setia. Dua kemenangan dan empat kali seri menunjukkan pasukan ini sangat liat untuk ditewaskan. Menjadikan jersi Barcelona sebagai identiti dengan warna hitam yang tampak kemas seringkali menimbulkan ketidakpuas-hatian peminat Real Madrid. "Trio Tak Menjadi" iaitu Mursyid, Iman dan Nurdin diseru peminat fanatik untuk lebih serasi untuk perlawanan minggu ini manakala "Trio Menjadi" iaitu Aiman Jo, Taufik dan Farhan Najman diseru untuk meneruskan aksi konsisten kalian. Moga rekod tanpa kalah itu mampu dipertahankan.


Tegap, tinggi, sedap. Itu antara ungkapan yang menjadi simbolik pasukan ini. Dibarisi pemain tinggi lampai dikatakan mempunyai kelebihan 'physcology' terhadap pasukan lawan. Penyerang sensasi mereka, Nur Afiq, menjadi sandaran utama utama untuk menghasilkan jaringan gol sambil dibantu oleh Hazim dan juga Hannan. Prestasi pasukan ini dilihat semakin meningkat dari masa ke semasa. Turut diperkatakan umum tentang barisan pertahanan yang mantap menjadi faktor untuk kemenangan pasukan Katang ini. Jom turun stadium pada Sabtu ini untuk melihat ke-katang-ngan pemain-pemain mereka.


4. AC JAMIAH STREET vs KAKI BANGKU FC

Mengungguli takhta teratas liga, dengan tigabelas mata bersih, AC JAMIAH STREET djangka tampil garang minggu ini demi mempertahankan kedudukan mereka selaku pendahulu liga.Haikal, pemain bertubuh kecil, adalah antara pemain yang dilihat berpotensi untuk menggerunkan pihak lawan. Mustaqim, yang berkemungkinan tidak turun pada perlawanan kali ini, akibat kecederaan di kaki dilihat akan mencacatkan sedikit corak permainan AC JAMIAH STREET. Nu'man Hani dan Hakim juga dilhat sebagai pemain yang berbisa dan mampu mencipta kejutan demi kejutan.


Mengekalkan rekod tanpa kalah, KAKI BANGKU FC dijangka memberikan saingan hebat buat AC JAMIAH STREET. Tampil bergaya dalam setiap perlawanan, KAKI BANGKU FC bukanlah sebuah kumpulan yang mampu dipandang enteng dan dipandang rendah. Kapten pasukan, Nuar Hussain, adalah antara pemain KAKI BANGKU FC yang tak harus dipandang sebelah mata. Di samping itu, kehadiran Sabdal, Ridhwan dan Amir Akhtar menambahkan lagi sengat pasukan ini. Kesimpulannya, KAKI BANGKU FC bukanlah pasukan yang mudah untuk dikalahkan dan memerlukan perancangan yang hebat untuk mengalahkan mereka. Namun bagi setiap pasukan pasti ada kelemahan tersendiri. 


5. BUCCANEERS FC vs JUFRA’ FC


Tampil bergaya pada perlawanan lepas, dengan kemenangan 2-0  ke atas OLYMPIQUE IRBIDE telah meletakkan pasukan ini di tangga ke lima liga. Pasukan ini dijangka memberi kejutan bagi pasukan lawan menyaingi takhta liga.Penyerang sensasi mereka, Hasrul, turut dibantu oleh Zaem, mungkin akan meningkatkan corak perlawanan untuk menghasilkan jaringan disamping mengucar-kacirkan benteng pertahanan lawan. Pemain yang bermotivasi tinggi, positif, dan sering menimbulakan kontroversi, Anuar Saad, bakal memberikan serangan psikologi keatas pihak musuh. Penjaga gawang Buccaneers, Ibrahim Mahadi, turut digesa untuk cergas bagi mengelakkan gawang dibolosi.


Sekali pandang logo pasukan ini kelihatan seperti loga pasukan bolasepak Jepun, tapi sayang sekali kerana ianya adalah pasukan Jufra. Pasukan di tangga ke-7 ini mengutip satu kemenangan, dua kali seri, dan tiga kali kekalahan dilihat sukar untuk merebut kejuaraan musim ini, tetapi bola itu bulat dan sebarang kemungkinan boleh berlaku. Pemain bintang pasukan Jufra' seperti Usamah, Poey dan Cuib Jun Pyo diseru peminat tempatan untuk menampilkan aksi mantap menentang pasukan Buccaneers minggu ini. Pasukan Buccaneers harus berhati-hati dengan tendangan percuma Cuib Jun Pyo yang dikatakan mampu menghasilkan jaringan gol jika kealpaan pasukan lawan. 


Dengan itu, pihak pengurusan PSL berharap semua warga peminat bola sepak Irbid dapat turun beramai-ramai ke stadium pada Sabtu ini. Kita bersama-sama memeriahkan semangat kesukanan yang jitu lagi tinggi. 


Sekian.




Laporan LIVE oleh: Mior Syabab dan Ahmad Mursyid.






"Bila lagi nak tengok rakyat Malaysia beraksi di luar negara. Turun jangan tak turun !!"



Wednesday 8 February 2012

Who Are The Top Four?


After a long holiday in the office, we proudly bring you the latest updates for all the fans. The long awaited league standings is now available. As predicted at the kick start of the season, the top four spot of the PERMAI Super League are dominated by the favourites to lift the trophy.

With three more games to play and nine points to bag in, AC Jamiah Street, FC Tiki Taka, Foe Fighter FC, and Kaki Bangku FC definitely will try their best to pass the hurdles and secure the top position of this season of the league. The upcoming fixtures will not be easy as the top four will be competing among themselves to improve their position in the league. 

Still wondering where is your favourite team currently stands?
Here is the league table up to the recent gameweek.


reported by: ksn
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...