KATANG FC MENCATAT KEMENANGAN SULUNG:
Gol 'Ronaldo Nur Afiq' berjaya mengembalikan semangat keyakinan yang tinggi melayang bak layang-layang di Burj Al Khalifa buat pasukan Katang FC setelah mencatat kemenagan sulung ke atas pasukan Red Hornet FC dengan jaringan tunggal 1-0.Gol tersebut hasil menerusi sepakan percuma yang cantik ala beauty in the beast dari ketua pasukan 'Pepe Sharul Acap' yang melakukan sepakan lambung terus menerus kepada Nur Afiq yang bijak melepasi benteng pertahanan pihak lawan untuk menghasilkan gol yang berjaya memperdayakan goalkeeper pihak lawan dengan sepakan lambung yang cantik ke arah gawang gol.Sebelum itu, penyerang sensasi ala Ronaldo sebelum perlawanan, Nur Afiq menjadi ala Torres selepas perlawanan apabila banyak melepaskan peluang keemasan di hadapan pintu gol.
Menurut kapten pasukan Katang FC, Nur Afiq bahawa beliau sangat bangga dengan prestasi pasukannya apabila berjaya mencatat kemenangan pertama dan berjaya menghasilkan gol setelah dua musim PSL tidak menghasilkan gol.
AC JAMIAH STREET TERUS GAH DI PERSADA LIGA PSL.
Ac Jamiah Street FC sekali lagi mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan berganda ke atas pasukan Keeba FC 2-0 pada perlawanan PSL di Stadium of Yarmouk.
Gol pertama Ac Jamiah Street FC dijaringkan menerusi rembatan padu Wan Chamakh dari luar kotak penalti melencong terus ke pintu gol menewaskan goalkeeper Keeba FC.
Keeba FC kemudian cuba mencari gol penyamaan,namun serangan demi serangan yang diatur gagal membuahkan hasil bak kata orang melayu asli 'It's nothing'.
Tidak beberapa lama kemudian pasukan Ac Jamiah Street FC dihadiahkan sepakan penalti hasil terjahan keras yang dilakukan pemain pasukan Keeba FC ke atas pemain Ac Jamiah Street FC, Zafran Haikal di dalam kotak penalti.Wan Chamakh yang dianggap 'Player of the Week' sekali lagi mencuri tumpuan apabila tenang mengambil sepakan penalti dengan menghasilkan gol kedua beliau di dalam perlawanan ini sekaligus menjadi gol keempat peribadi beliau untuk musim PSL setakat ini.
Sehingga wisel penamat, kedudukan AC JAMIAH STREET FC 2 KEEBA FC 0.
FOE FIGHTER FC KEMBALI MENGGANAS.
Foe Fighter FC kembali mengganas.Selepas hambar diikat Red Hornet FC,Foe Fighter FC mencipta kemenangan pertama ke atas pasukan Jufra' FC 2-1pada perlawanan kedua PSL di Stadium of Yarmouk,
Pada perlawanan tersebut pasukan Foe Fighter FC yang diterajui oleh kapten pasukan, Mahdi tampil mempamerkan corak permainan yang lebih meyakinkan dan lebih anggun terserlah di wajah dengan gerakan yang pantas.
Kapten pasukan Foe Figher FC, Mahdi memecah kebuntuan dengan meledak gol pertama Foe Fighter FC hasil sepakan percuma menarik yang merupakan 'Goal of The Week' berjaya memukau pasukan lawan dan para penonton yang menyasikkan perlawanan tersebut.
Namun begitu,kelalaian benteng pertahanan pasukan Foe Fighter FC terhukum apabila membiarkan penyerang sensasi pasukan Jufra' FC, Chuib Jun Pyo melakukan rembatan lambung ke arah pintu gol menewaskan goalkepper pasukan lawan, Abe yang lemas dengan rembatan itu berjaya menghasilkan gol.
Pemain Jufra' FC yang dibarisi pemain yang dilabel gandingan Rooney,Xavi,Iniesta dan Alves iaitu Acap Marwan,Usamah,Poey dan Peja Jongkabe menjadi buntu apabila asakan yang dilakukan mereka tidak berjaya melepasi benteng pertahanan pihak lawan tetapi dengan corak pemainan tenang menjadi strategi pasukan Foe Fighter FC berjaya mencari gol kemenangan buat pasukan tersebut apabila pemain Muizz berjaya menolak bola dengan mudah masuk ke gawang gol setelah berjaya menghukum kesilapan benteng pertahanan dan goalkepper pasukan lawan.
KAKI BANGKU FC LEPAS PELUANG TERAJUI TAKHTA.
Kapten pasukan Kaki Bangku FC, Nuar Hussain kurang berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 dengan Lala Loco FC di Stadium of JUST yang menyebabkan peluang untuk memintas pendahulu PSL itu tidak menjadi kenyataan.Menurut beliau pasukannya layak untuk memungut tiga mata penuh pada perlawanan tersebut.
Kaki Bangku FC yang turun pada perlawanan tersebut sebagai pasukan pilihan apabila mencatat kemenangan pada perlawanan yang lepas mempunyai hasrat tersendiri untuk mencatat kemenangan berganda pada perlawanan tersebut.
Namun begitu,hasrat tidak menjadi kenyataan apabila beberapa percubaan yang dilakukan oleh playmaker pasukan Kaki Bangku FC, Nuar Hussain berjaya dinafikan penjaga gol lawan Lala Loco FC, Raja.
Tidak lama kemudian gol Kaki Bangku FC hadir menerusi kesilapan pertahanan pasukan lawan apabila menjaringkan gol sendiri memberi gol percuma kepada pasukan tersebut.'Seperti mengharapkan belasan ihsan pasukan lain' itulah kata-kata yang terungkap oleh pemain Lala Loco FC, Ucop Jalil apabila hanya mampu melihat gol sendiri itu dihasilkan.
Tuah lembu boleh lihat pada batang pinangnya,tuah bola sesiapa pun tidak tahu apabila pasukan Lala Loco FC dihadiahkan sepakan penalti pada minit-minit terakhir perlawanan hasil kesilapan pertahanan pasukan Kaki Bangku FC akibat bola terkena tangan pemain pasukan tersebut.Pemain Lolo Loco FC, Ucop Jalil menyempurnakan sepakan penalti dengan tenang untuk memberi mata berharga buat pasukan tersebut apabila berjaya mencatat keputusan seri terikat 1-1 dengan pasukan Kaki Bangku FC.
HASROL WIRA BUCCANEERS FC.
Penggempur berbisa, Hasrol dijulang sebagai wira apabila meledak gol ketika membantu Buccaneers FC menewaskan FC Tiki Taka 1-0.
Gol menerusi gerakan pemain sayap kanan pasukan Buccaneers FC, Anuar Saad yang menghantar satu lorongan cantik di hadapan pintu gol yang berjaya meperdayakan benteng pertahanan pasukan lawan apabila hantaran itu terus disambar oleh penyerang berbisa, Hasrol untuk menjaringkan gol yang penuh bermakna buat pasukan Buccaneers FC.
Pemain sayap lincah FC Tiki Taka, Fieq berpeluang untuk mencatat nama sebagai penjaring bagi menyamakan kedudukan seterusnya mengubah keputusan perlawan tetapi rembatan kencangnya sedikit tersasar.
Akhirnya keputusan perlawanan memihak kepada Buccaneers FC menewaskan FC Tiki Taka 1-0.